UPM Meterai Perjanjian Pelesenan Teknologi “Fire Retardant Coating & Composition” Dengan Ultra Genesis Sdn. Bhd. | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM Meterai Perjanjian Pelesenan Teknologi “Fire Retardant Coating & Composition” dengan Ultra Genesis Sdn. Bhd.

UPM Meterai Perjanjian Pelesenan Teknologi “Fire Retardant Coating & Composition” dengan Ultra Genesis Sdn. Bhd.

Pada 28 Januari 2025, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memeterai perjanjian pelesenan dengan Ultra Genesis Sdn. Bhd. bagi teknologi "Fire Retardant Coating & Composition", satu inovasi hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Faizal Mustapha dari Fakulti Kejuruteraan, UPM. Perjanjian ini menandakan langkah penting dalam usaha mengkomersialkan teknologi yang berupaya menghalang atau melambatkan proses pembakaran, sekali gus melindungi harta benda dan menyelamatkan nyawa.
 
Majlis menandatangani perjanjian ini turut disokong oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Fazirulhisyam Hashim, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi dan Jaringan Industri & Masyarakat) Fakulti Kejuruteraan, serta YBrs. Dr. Adi Azriff B. Basri, ahli Taskforce Inovasi Fakulti Kejuruteraan. Kehadiran mereka memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran proses perjanjian dan mengukuhkan kerjasama strategik antara UPM dan Ultra Genesis Sdn. Bhd.
 
Teknologi inovatif ini dihasilkan menggunakan bahan-bahan buangan, menjadikannya penyelesaian mesra alam dalam bidang keselamatan kebakaran. Dengan keupayaan mengurangkan kadar penyebaran api, teknologi ini mempunyai potensi besar untuk diaplikasikan dalam pelbagai industri, termasuk pembinaan dan pembuatan. Diharapkan kerjasama ini dapat mempercepatkan pengkomersialan inovasi ini ke pasaran, sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat dan industri keselamatan kebakaran secara keseluruhan.

Date of Input: 03/02/2025 | Updated: 03/02/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (08:28:10pm-08:33:10pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]