UPM Meterai Perjanjian Pelesenan Teknologi SOILPROP Dengan Solarcrest Sdn. Bhd. | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » UPM Meterai Perjanjian Pelesenan Teknologi SOILPROP dengan Solarcrest Sdn. Bhd.

UPM Meterai Perjanjian Pelesenan Teknologi SOILPROP dengan Solarcrest Sdn. Bhd.

Pada 28 Januari 2025, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menandatangani perjanjian pelesenan dengan syarikat Solarcrest Sdn. Bhd. bagi teknologi SOILPROP - Soil Mapping System. Teknologi ini merupakan hasil penyelidikan yang diketuai oleh YBrs. Dr. Ezrin B. Mohd Husin dan bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan serta produktiviti sektor pertanian, khususnya dalam penanaman padi.

Majlis menandatangani perjanjian ini turut disaksikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Fazirulhisyam Hashim, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi dan Jaringan Industri & Masyarakat) (TDPI), serta YBrs. Dr. Adi Azriff B. Basri, Taskforce Inovasi bagi Fakulti Kejuruteraan, yang hadir memberi sokongan kepada usaha pengkomersialan teknologi ini.

Teknologi SOILPROP dijangka membawa manfaat besar kepada agensi-agensi berkaitan pertanian dan petani tempatan. Sistem pemetaan tanah ini membolehkan analisis yang lebih tepat terhadap kesuburan tanah, sekaligus membantu petani dalam merancang penggunaan baja dan sumber lain dengan lebih efisien.

Diharapkan kerjasama ini dapat memperkukuhkan lagi peranan UPM dalam membawa inovasi teknologi pertanian ke pasaran dan menyokong agenda sekuriti makanan negara.

Date of Input: 28/01/2025 | Updated: 28/01/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
W, (08:20:29pm-08:25:29pm, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]