8 Januari 2026: Mesyuarat rundingan pengkomersilan bersama Malaysia Vaccines and Pharmaceuticals Sdn Bhd (MVP). Mesyuarat ini adalah bagi membincangkan kolaborasi lebih 30 tahun bersama UPM bagi pengkomersilan vaksin ayam. Vaksin ini telah dijual di lebih 20 negara oleh MVP yang merupakan satu-satunya Pengeluar Vaksin Veterinar di Malaysia.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Wan Nurhayati Wan Ab Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan dan dihadiri oleh Puan Rashidah Ibrahim adalah Pengarah Eksekutif (Executive Director) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MVP, En Mohamed Hashim Mohamed Nor, Pengurus Besar MVP, Academician Prof Emeritus Datin Paduka Setia Dato' Dr Aini Ideris dan Prof Dato' Dr Mohd Hair Bejo.
Date of Input: 09/01/2026 |
Updated: 09/01/2026 | faizfarhan
MEDIA SHARING