21 Februari 2025 - Telah termeterai perjanjian pelesenan antara UPM bersama syarikat MY IRC Sdn. Bhd. bagi teknologi Source Code of Chain Code hasil penyelidikan yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Zuriati Bt Ahmad Zukarnain.
Segala penghargaan kepada YBhg. Prof. Dr. Samsilah Bt Roslan, Pengarah PSP, dan YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Bt Wan Ab.Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Pemindahan Teknologi & Pengkomersilan Inovasi, yang turut hadir memberi sokongan & menjayakan sesi menandatangani perjanjian ini.
Diharapkan teknologi ini dapat memberi nilai tambah kepada sistem kupon elektronik pintar bagi memastikan data pengguna dilindungi, lebih telus. Pembayaran tanpa tunai yang lebih fleksibel serta transaksi rentas sempadan yang lebih pantas dan lebih murah.
Date of Input: 21/02/2025 |
Updated: 21/02/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING