UPM- NGPP Komersil Nanoselulosa Biomas Kelapa Sawit Agen Mesra Alam | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM- NGPP Komersil Nanoselulosa Biomas Kelapa Sawit Agen Mesra Alam

UPM- NGPP Komersil Nanoselulosa Biomas Kelapa Sawit Agen Mesra Alam

SERDANG,  11 Nov 2019 – Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya mengkomersilkan inovasi NANOSELULOSA daripada biomas kelapa sawit kepada syarikat  Nextgreen Pulp & Paper (NGPP) Sdn Bhd. Projek yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hidayah Ariffin daripada Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), dan INTROP, UPM akan menghasilkan produk pembungkusan makanan bebas plastik sepenuhnya.

Nanoselulosa merupakan bahan yang versatil yang secara semula jadinya memiliki sifat yang istimewa antaranya boleh diperbaharui serta boleh terurai secara bio (biodegradasi). Sifai unik ini mmenjadikan nanoselulosa sebagai bahan yang sangat sesuai digunakan dalam pelbagai produk seperti produk biokomposit, bahan pembungkus makanan, produk kosmetik dan farmaseutikal.

Melalui permeteraian Perjanjian Perlesenan (MoA) UPM dan NGPP yang ditandatangani bersempena dengan Majlis Pertukaran MOA di 7th International Symposium on Applied Engineering and Sciences 2019 (SAES2019) yang diadakan pada  di Fakulti Kejuruteraan UPM, projek selama 30 bulan yang bermula Ogos 2019 ini, melibatkan pembayaran yuran pelesenan sebanyak RM 550,000 oleh pihak NGPP kepada UPM.

Selain itu, nanoselulosa yang dibangunkan di UPM merupakan sebuah projek yang melibatkan kerjasama bersama pihak Kyushu Institute of Technology (Kyutech), Jepun. Nanoselulosa tersebut mempunyai pelbagai aplikasi, contohnya dalam pembuatan plastik komposit, bahan kosmetik, sebagai agen pemekat dalam cat dan minuman, bahan penguat untuk produk kertas dan sebagainya.

Menurut Prof. Madya Dr. Hidayah Ariffin, nanoselulosa dihasilkan daripada pulpa kertas yang terhasil daripada aktiviti pembuatan pulpa. Sebagai pengeluar pulpa daripada tandan kosong sawit, NGPP berminat untuk bekerjasama dengan UPM dalam penghasilan bahan pembungkus makanan berasaskan pulpa, dan nanoselulosa akan digunakan sebagai bahan penambah dalam produk pembungkus makanan tersebut bagi meningkatkan mutu dan kekuatan pembungkus makanan tersebut.

“Produk pembungkusan makan berasaskan kertas sedia ada dipasaran seperti cawan DAN pinggan kertas masih lagi mempunyai elemen plastik bagi meningkatkan ketahanannya serta  tidak boleh terurai sepenuhnya dan inovasi ini akan mengatasi masalah ini”  katanya.

Melalui projek ini, dijangka produk pembungkus makanan hijau, mesra alam dan boleh urai dapat dihasilkan, sekaligus dapat membantu kerajaan Malaysia dalam mencapai matlamat untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna (single-use plastic).   

Turut hadir bagi menyempurnakan majlis pertukaran MOA ini ialah YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM bersama Dato’ Lim Thiam Huat, Pengarah Urusan NGPP.

Menurut Dato’ Lim, setiap tahun Malaysia menghasilkan kira-kira 25 juta tan setahun sisa tandan sawit kosong (EFB). Dengan penghasilan teknologi ini bukan sahaja menghasilkan produk baharu malahan juga akan membantu negara bagi mengatasi isu alam sekitar yang timbul daripada pelupusan sisa ini.  NGPP merupakan syarikat subsidairi di bawah Next green Global Berhad yang merupakan pengilang kertas berasaskan EFB yang terletak di Green Technology Park (GTP) Pahang yang menyasarkan penggunaan zero waste technology dan tenaga boleh diperbaharui.

Date of Input: 05/12/2019 | Updated: 05/12/2019 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEZHAX~