UPM Pacu Inovasi Tempatan: Lawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Di PKMK2025 | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » UPM Pacu Inovasi Tempatan: Lawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di PKMK2025

UPM Pacu Inovasi Tempatan: Lawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di PKMK2025

11 Jun 2025 - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah berkunjung ke reruai Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan (PKMK2025). Dalam lawatan tersebut, beliau telah diberi penerangan mengenai pelbagai inovasi UPM yang terhasil daripada syarikat pemula di bawah Program InnoHub, kendalian Putra Science Park. Antara yang mencuri perhatian ialah inovasi morinGO tablet mudah kunyah, yang diperkenalkan oleh Profesor Ir. Dr. Yus Aniza Yusof, pengasas produk berkenaan dan juga Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), UPM.
 
 
YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud merakamkan penghargaan terhadap usaha UPM dalam memacu pembangunan inovasi berasaskan penyelidikan tempatan, khususnya yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat. Beliau menyuarakan harapan agar lebih banyak produk inovatif tempatan dapat dikomersialkan secara meluas, sekali gus memperkukuh keterjaminan makanan, meningkatkan taraf kesihatan pengguna, dan memperkasakan daya saing negara dalam sektor sains dan teknologi.
 
Mungkin imej 6 orang dan teks

Date of Input: 12/06/2025 | Updated: 12/06/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (08:06:23am-08:11:23am, 06 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]