Osaka, Jepun 21 Julai 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi mengorak langkah ke persada antarabangsa apabila Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park, diberi penghormatan untuk menyampaikan Pocket Talk bertemakan “Supporting the Translation of R&D in Green Tech into Commercialised Products: How to Build a Conducive Ecosystem” di Business Hall, Malaysia Pavilion sempena EXPO 2025 Osaka.
Sesi yang berlangsung pada jam 11:00 pagi waktu Jepun (10:00 pagi waktu Malaysia) ini merupakan sebahagian daripada tema besar "Green and Sustainable Development of Higher Education", yang menekankan pentingnya penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam teknologi hijau serta strategi membina ekosistem yang kondusif bagi mempercepatkan pengkomersialan inovasi.
Prof. Dr. Samsilah mengetengahkan peranan institusi pengajian tinggi, khususnya UPM, dalam menyokong pemindahan teknologi hijau kepada industri melalui pelbagai inisiatif seperti program InnoHub, pemerkasaan hak harta intelek dan jaringan kerjasama strategik bersama agensi tempatan dan antarabangsa.
Kementerian Pengajian Tinggi turut memberi sokongan penuh terhadap keterlibatan ini yang memperkukuh komitmen Malaysia dalam membangunkan teknologi mampan sejajar dengan aspirasi global untuk masa depan yang lestari.
Date of Input: 21/07/2025 |
Updated: 22/01/2026 | faizfarhan
MEDIA SHARING