SERDANG, 25 September 2025 – Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Putra Science Park menganjurkan Kursus High Performance Culture and Mindset bertempat di Bilik InnoHub, Putra Science Park. Kursus ini dikendalikan oleh Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park, yang berkongsi kepakaran beliau dalam membentuk budaya kerja berprestasi tinggi dan pemikiran positif dalam kalangan warga universiti.
Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang ini memberi fokus kepada penguasaan minda cemerlang, pengurusan kerja secara strategik serta peningkatan motivasi diri dalam mendepani cabaran semasa. Melalui pengisian yang interaktif dan praktikal, peserta diberi pendedahan mengenai cara membina daya saing, memperkukuh kerjasama pasukan, serta mengekalkan produktiviti berterusan.
Pejabat Pendaftar UPM percaya kursus ini mampu memberi nilai tambah kepada peserta sekaligus menyokong agenda universiti dalam membudayakan kecemerlangan kerja. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperkasa tenaga kerja UPM agar lebih berdaya saing, seiring aspirasi UPM.
Date of Input: 26/09/2025 |
Updated: 26/09/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING