UPM Perkasa Inovasi & Pengkomersialan Di Borneo InTex 2025 Anjuran UNIMAS | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM Perkasa Inovasi & Pengkomersialan di Borneo InTex 2025 Anjuran UNIMAS

UPM Perkasa Inovasi & Pengkomersialan di Borneo InTex 2025 Anjuran UNIMAS

Kuching, 27 Ogos – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Putra Science Park terus mengukuhkan peranan sebagai peneraju dalam bidang inovasi dan pengkomersialan apabila Pengarah Putra Science Park, Profesor Dr. Samsilah Binti Roslan, RTTP, menyampaikan ucaptama bertajuk “Pioneering Innovation, Powering Commercialisation” di Borneo InTex 2025. Program yang berlangsung pada 27 hingga 28 Ogos 2025 di Raia Hotel & Convention Centre, Kuching ini merupakan anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
 
Dalam sesi ucaptama tersebut, Profesor Dr. Samsilah menekankan kepentingan ekosistem inovasi yang menyeluruh, bermula daripada penyelidikan makmal hingga ke pasaran global. Beliau turut berkongsi pengalaman UPM dalam membangunkan strategi pengkomersialan teknologi melalui model kolaborasi industri, sokongan dasar kerajaan, serta penglibatan aktif penyelidik dan usahawan teknologi.
 
Menurut beliau, inovasi yang berdaya saing tidak hanya bergantung kepada penemuan baharu, tetapi juga kepada keberkesanan strategi pemindahan teknologi. “Kita perlu memastikan setiap penyelidikan dapat memberi impak nyata kepada masyarakat dan ekonomi negara,” katanya sambil menekankan bahawa pengkomersialan adalah pemacu utama kepada kelestarian inovasi.
 
Penganjuran Borneo InTex 2025 oleh UNIMAS memperlihatkan usaha bersama universiti tempatan dalam memperkukuh ekosistem inovasi negara. Kehadiran UPM dalam program ini turut memperluas jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak di rantau Borneo, sekali gus membuka ruang kepada perkongsian idea, pembangunan produk baharu, serta peluang pasaran yang lebih meluas di peringkat antarabangsa.

Date of Input: 04/09/2025 | Updated: 04/09/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (05:46:59pm-05:51:59pm, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]