UPM Perkasa Penjenamaan Produk Inovasi Ke Pasaran China Melalui Projek MIXSURE | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM Perkasa Penjenamaan Produk Inovasi ke Pasaran China melalui Projek MIXSURE

UPM Perkasa Penjenamaan Produk Inovasi ke Pasaran China melalui Projek MIXSURE

SERDANG, 7 APRIL 2025 – Setelah melakukan kunjungan hormat ke pejabat Yg Bhg Tumbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dr Zamberi Sekawi, satu mesyuarat susulan berkenaan Projek UPM-China Product Branding (MIXSURE) telah diadakan bersama Putra Science Park dan delegasi dari China. 
 
Perbincangan utama tertumpu kepada kaedah strategik untuk meneruskan projek ini melalui pelaksanaan fasa perintis yang melibatkan aktiviti R&D serta pemilihan produk inovasi UPM yang berpotensi untuk penjenamaan dan pemasaran di bawah inisiatif UPM MIXSURE. Antara perkara yang dibincangkan termasuk kriteria pemilihan produk, penglibatan penyelidik dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan serta Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan sebagai pakar teknologi, penglibatan para pelajar dalam pembangunan produk dan aktiviti keusahawanan serta peranan Putra Science Park dalam aspek pemindahan teknologi, pelesenan dan pemadanan industri.
 
Delegasi dari China turut mencadangkan penubuhan satu pasukan kerjasama bagi menyelaraskan aktiviti seperti pembangunan identiti jenama, strategi penembusan pasaran, serta pematuhan kepada regulatori seperti pensijilan Halal. Mesyuarat juga mengenal pasti keperluan untuk merangka model perniagaan yang bersesuaian serta memanfaatkan peluang insentif kerjasama antara Malaysia dan China dalam sektor teknologi makanan dan produk inovatif.
 
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Putra Science Park, Prof. Dr. Samsilah Roslan, dan turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Ariffin Abdu selaku wakil penghubung UPM dan China serta Timbalan Pengarah Pembangunan Perniagaan Putra Science Park, Prof. Madya Dr. Nur 'Aliaa Abd Rahman.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Putra Science Park, Prof. Dr. Samsilah Roslan, dan turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Ariffin Abdu, serta Timbalan Pengarah Pembangunan Perniagaan Putra Science Park, Prof. Madya Dr. Nur 'Aliaa Abd Rahman.

Date of Input: 08/04/2025 | Updated: 08/04/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (12:56:21pm-01:01:21pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]