29 Julai 2025 & 1 Ogos 2025: Mesyuarat Pemerkasaan Pengkomersilan Produk UPM melalui Inisiatif “UPM Products First” kerjasama antara Putra Science Park (PSP) selaku PTJ Peneraju ,Pusat Pertanian Putra (PPP), dan Pihak syarikat yang terlibat iaitu Halways Sdn.Bhd & Qarbotech Sdn.Bhd.
Melalui inisiatif ini, UPM akan menjadi “test bed” dan “showcase” bagi produk UPM. Bagi Fasa Pertama, Produk Harvast iaitu penggalak fotosintesis dalam tumbuhan dan produk penternakan dan akuakultur “Thohira” akan diketengahkan untuk digunapakai oleh Pusat Pertanian Putra (PPP).
Mesyuarat kali ini adalah untuk memuktamatkan spesifikasi Produk bagi perolehan UPM untuk permohonan Geran MySTI kepada Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).
Date of Input: 01/08/2025 |
Updated: 01/08/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING