SERDANG, 7 APRIL 2025 - Satu mesyuarat projek kerjasama Rakan Tani bersama Universiti Putra Malaysia telah diadakan secara atas talian yang melibatkan Putra Science Park (PSP) dan The Hive Southeast Asia.
Sesi ini membincangkan langkah seterusnya dalam projek Rakan Tani (Farmers’ AI Co-Pilot Project - sebuah projek kerjasama Global AI Village (GAIV) dan National AI Office (NAIO)) supaya UPM dapat membantu golongan peladang dalam menyediakan akses kepada pengkalan data teknologi, kepakaran dan jurnal yang berkaitan dengan pertanian.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah PSP, Prof. Dr. Samsilah Roslan, turut dihadiri oleh Dato' Syed Haizam Jamalullail, Pengarah Urusan The Hive SEA, Encik Tong Zhong Han, Investment Associate The Hive SEA dan Encik Bjarte Olsen, Pengarah Urusan Javelin Sdn Bhd.
Date of Input: 08/04/2025 |
Updated: 08/04/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING