UPM Promosi Inovasi Dan Kejayaan Komersialisasi Di AUN-UIE AGM Ke-6 | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM Promosi Inovasi dan Kejayaan Komersialisasi di AUN-UIE AGM Ke-6

UPM Promosi Inovasi dan Kejayaan Komersialisasi di AUN-UIE AGM Ke-6

Singapura, 30 September 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Putra Science Park telah berpeluang mempromosikan program InnoHub, syarikat pemula (startups) serta pencapaian komersialisasi produk dan teknologi universiti pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-6 ASEAN University Network – Innovation & Enterprise (AUN-UIE) yang dianjurkan oleh Singapore Management University (SMU) Institute of Innovation & Entrepreneurship (IIE).
 
Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park, telah mewakili UPM dengan mempromosikan inisiatif InnoHub, syarikat pemula UPM, serta kejayaan komersialisasi teknologi kepada rakan strategik serantau. Platform ini turut membolehkan UPM berkongsi pengalaman dalam pembangunan ekosistem inovasi universiti dan menonjolkan potensi hasil penyelidikan untuk pasaran antarabangsa.
 
Penyertaan ini menzahirkan peranan aktif UPM dalam memperkukuh jaringan inovasi ASEAN, selain membuka peluang kerjasama dengan pelbagai institusi dan industri luar negara. Usaha ini juga sejajar dengan misi universiti untuk memperluas pengaruh global melalui pengkomersialan teknologi dan pembangunan startup berasaskan penyelidikan.

Date of Input: 30/09/2025 | Updated: 30/09/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (07:56:54pm-08:01:54pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]