UPM Raih Anugerah Berprestij Dengan Inovasi Berasaskan Kurma Di NCPD 2024 | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM Raih Anugerah Berprestij dengan Inovasi Berasaskan Kurma di NCPD 2024

UPM Raih Anugerah Berprestij dengan Inovasi Berasaskan Kurma di NCPD 2024

Prof. Ir. Dr. Yus Aniza Yusof, Profesor Kejuruteraan Bahan Makanan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), telah mencipta sejarah dengan memenangi New Product Development Prize di Anugerah National Centre for Palms and Dates International (NCPD) pada 20 November 2024. Produk inovasi beliau, Date-Based Sports Energy Gels Formulated with Honey and Black Seed (Habbatus Sauda) for Fueling Athletic Performance, menerima pengiktirafan antarabangsa atas potensinya dalam menyokong industri makanan kesihatan.
 
Produk ini, yang dirumus khas untuk meningkatkan prestasi atlet, adalah gabungan kurma, madu, dan habbatus sauda. Selain memberikan tenaga segera, ia turut menyokong kesihatan menyeluruh. Penyelidikan ini dilindungi oleh hak paten PI2023007883 dan kini mendapat sokongan penuh dari Putra Science Park (PSP), UPM, dalam memacu usaha pengkomersilan.
 
PSP memainkan peranan penting sebagai penghubung antara penyelidik dan industri, memastikan inovasi ini dapat mencapai pasaran global. Dengan kepakaran dalam pengurusan harta intelek, pemadanan perniagaan, dan pembangunan strategi komersial, PSP berusaha membawa produk ini ke tahap seterusnya. Usaha ini juga selaras dengan misi UPM untuk menjadi peneraju inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan industri.
 
Kejayaan ini turut diraikan di Riyadh, Arab Saudi, dengan penyampaian anugerah oleh Tuan Yang Terutama, Mr. Abdul Rahman Al-Fadhli, Menteri Alam Sekitar, Air, dan Pertanian Arab Saudi. Tahun ini, NCPD menerima 173 penyertaan dari 37 negara, tetapi hanya 14 pemenang dipilih, menjadikan pencapaian ini lebih istimewa.
 
Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi kedudukan UPM sebagai universiti penyelidikan unggul, di mana inovasi akademik disokong dengan sistem pengkomersilan yang strategik melalui PSP. Tahniah kepada Prof. Ir. Dr. Yus Aniza dan pasukan atas pencapaian membanggakan ini. Projek ini juga merupakan tajaan Projek Prince Faisal bin Fahad Award for Sports Research, Ministry of Sports, Saudi Arabia, dan merupakan projek antara negara Malaysia, Saudi Arabia, Jepun, dan Egypt.
 
 

Date of Input: 04/12/2024 | Updated: 04/12/2024 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (12:40:24pm-12:45:24pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]