UPM Raih Tempat Pertama Pertandingan Kitar Semula MPS 2025 Dengan Inovasi “DuryanKukis” | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM Raih Tempat Pertama Pertandingan Kitar Semula MPS 2025 dengan Inovasi “DuryanKukis”

UPM Raih Tempat Pertama Pertandingan Kitar Semula MPS 2025 dengan Inovasi “DuryanKukis”

SEPANG, 10 Sept – Universiti Putra Malaysia (UPM) terus membuktikan keunggulan dalam inovasi mampan apabila berjaya meraih Tempat Pertama serta hadiah wang tunai RM500 dalam Pertandingan Kitar Semula Sempena Hari Kualiti dan Inovasi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) 2025. Produk yang dipertaruhkan, dinamakan “DuryanKukis”, merupakan biskut unik yang dihasilkan daripada biji durian – bahan buangan yang biasanya tidak dimanfaatkan.
 
Menariknya, hasil penyelidikan mendapati DuryanKukis diperkaya dengan serat dan menawarkan kandungan serat pemakanan 3 kali ganda lebih tinggi berbanding tepung gandum (6.32% vs 2.11%). Inovasi ini bukan sahaja menyokong kelestarian melalui amalan kitar semula makanan, tetapi juga memenuhi kehendak pengguna moden yang mengutamakan gaya hidup sihat serta mencari snek dengan nilai nutrisi yang lebih baik.
 
Projek ini diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Rosnah Shamsudin dari Jabatan Kejuruteraan Proses & Makanan, Fakulti Kejuruteraan, UPM dengan kerjasama pasukan penyelidik iaitu Methoosha a/p Vasu Devan, Madya Dr. Wan Zunairah, dan Puan Zanariah Mohd Dom. Kemenangan ini mengangkat lagi reputasi UPM sebagai peneraju inovasi dalam bidang pemprosesan makanan berasaskan sumber lestari, sekali gus menyumbang kepada usaha negara dalam pengurangan sisa makanan dan pembangunan produk makanan bernilai tambah.

Date of Input: 20/09/2025 | Updated: 20/09/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (10:02:52pm-10:07:52pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]