UPM Rangkul Emas Dan Anugerah Association Of British Inventors And Innovators MTE 2020 | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM Rangkul Emas Dan Anugerah Association of British Inventors and Innovators MTE 2020

UPM Rangkul Emas Dan Anugerah Association of British Inventors and Innovators MTE 2020

 

Kuala Lumpur, 22 Feb – UPM berjaya merangkul 2 pingat Emas, 4 pingat Perak, 3 pingat Gangsa dan 1 anugerah khas Association of British Inventors and Innovators sempena The International Expo on Inventions and Innovations – Malaysia Technology Expo 2020 di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 20 hingga 22 Februari 2020.

UPM telah menghantar 11 penyertaan bagi dua kategori iaitu Invention and Innovation Awards dan Public Service Innovation Awards pada pameran MTE 2020 kali ini yang turut disertai oleh universiti, agensi penyelidikan, institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan, syarikat dan sekolah di dalam dan luar negara. Majlis perasmian MTE 2020 telah disempurnakan oleh Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof, Menteri Keusahawanan dan Pembangunan Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Nazlina (Fakulti Rekabentuk dan Senibina) kerana telah dianugerahkan pingat Emas dan anugerah khas Association of British Inventor and Innovation bagi teknologi , iaitu pakaian yang direka khas untuk orang kurang upaya fizikal dan bagi pengguna yang mungkin mengalami kesukaran dalam berpakaian. Ia mudah digunakan dan mempunyai petak khas untuk pek sejuk dan pek air kencing.

Tahniah juga diucapkan kepada semua penyelidik UPM yang telah dianugerahkan pingat Perak dan Gangsa pada MTE 2020;

 

Pemenang bagi Kategori Invention and Innovation Awards

  1. Madya Dr. Nazlina Shaari (Fakulti Rekabentuk dan Senibina), Adaptive Wear for Disabled Elderly, Pingat Emas dan Anugerah Khas Association of British Inventor and Innovation

 

  1. Profesor Ir. Dr. Mohd Sapuan b. Salit (Fakulti Kejuruteraan), Development of Thermally Stable Polycrystalline Photovoltaic Module Based Novel Biocomposite Materials, Pingat Emas

 

  1. Dr. Mohd Rafii Yusop (Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan), PadiU Putra 1: High yield and Blast-Resistance Rice Variety, Pingat Perak

 

  1. Ahmad Haniff Jaafar (Fakulti Sains dan Teknologi Makanan), Standardized Cosmos Powder with Potent Antidiabetic and Antioxidant Property, Pingat Perak

 

  1. Dr. Ahmed Osumanu Haruna (Fakulti Pertanian, Sains dan Teknologi UPMKB), Agro-wastes to Organic Amendments Improve Soil Health Crop Productivity and Income, Pingat Perak

 

  1. Dr. Khozirah Shaari (Institu Biosains), An Integrated Process of Extraction and Enrichment of Flavonoids from Oil Palm Leaves, Pingat Perak

 

  1. Muhd Khaizer Omar (Fakulti Pengajian Pendidikan), Plant Cyborg Hybrid, Pingat Gangsa

 

  1. Nur Kartinee Kassim (Fakulti Sains), Armigard: Biopesticide Formulation for Agriculture Insect Pest Management, Pingat Gangsa

 

  1. Fariz Azmi (Institut Kajian Perladangan), TrichoMax: Encapsulation of biological Agents (Trichoderma harzianum), Pingat Gangsa

 

  1. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan (Fakulti Kejuruteraan), PutraUAV: Novel Bio-degradable Natural Fibre Composite Material, Pingat Gangsa

 

Pemenang bagi Kategori Public Service Innovation Awards

  1. Asrizam Esam (Putra Science Park), Skytider – Mounting and Hanging Display Device, Pingat Gangsa

 

Gambar kenangan di MTE 2020

 

Date of Input: 27/02/2020 | Updated: 27/02/2020 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
C1600464099