UPM & SUXUS Sdn. Bhd. Meterai Perjanjian Pelesenan PUTRAUAV: Dron Rangka Serat Semula Jadi Inovatif | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » UPM & SUXUS Sdn. Bhd. Meterai Perjanjian Pelesenan PUTRAUAV: Dron Rangka Serat Semula Jadi Inovatif

UPM & SUXUS Sdn. Bhd. Meterai Perjanjian Pelesenan PUTRAUAV: Dron Rangka Serat Semula Jadi Inovatif

21 Februari 2025 - Telah termeterai perjanjian pelesenan antara UPM bersama syarikat SUXUS Sdn. Bhd. bagi teknologi Drone Natural Fibre Frame Kit hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan dari Fakulti Kejuruteraan.
 
Segala penghargaan kepada YBhg. Prof. Dr. Samsilah Bt Roslan, Pengarah PSP, dan YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Bt Wan Ab.Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Pemindahan Teknologi & Pengkomersilan Inovasi, yang turut hadir memberi sokongan & menjayakan sesi menandatangani perjanjian ini.
 
“Drone Natural Fibre Frame Kit” atau lebih dikenali sebagai PUTRAUAV ini diperbuat daripada serat daun nanas yang mempunyai sifat “biodegradable” dan rekacipta ini merupakan satu solusi yang inovatif di dalam sektor penerbangan yang boleh bertahan lama, kukuh dan dan ringan. Dilengkapi dengan sistem kamera pintar untuk mengambil imej dan video yang beresolusi tinggi bagi membolehkan pengguna dapat mengesan imej walaupun dalam saiz yang berskala kecil. Melalui pengaturcaraan pintar, PUTRAUAV mampu melakukan penerbangan automatik dan mengikuti laluan yang telah ditetapkan. Sistem pengaturcaraan pintar membolehkan dron melakukan corak penerbangan yang canggih dan ia dapat menyesuaikan kedudukan agar penangkapan imej dan pengumpulan data yang optimal.
 
PUTRAUAV ini boleh digunakan secara meluas ke dalam industri dron untuk digunakan di pelbagai aplikasi di dalam pemeriksaan, pertanian dan logistik.

Date of Input: 21/02/2025 | Updated: 21/02/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
W, (08:18:51pm-08:23:51pm, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]