UPM Warnai Sambutan Hari & Bulan Akademia 2025 Dengan Pameran AI | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM Warnai Sambutan Hari & Bulan Akademia 2025 dengan Pameran AI

UPM Warnai Sambutan Hari & Bulan Akademia 2025 dengan Pameran AI

Majlis Sambutan Hari & Bulan Akademia 2025 peringkat kebangsaan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, pada 3 Oktober 2025 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Majlis ini menandakan pengiktirafan terhadap peranan penting akademia dalam memacu pembangunan ilmu, inovasi dan pembangunan negara.
 
Turut menyerikan majlis ialah kehadiran Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah, serta wakil kepimpinan institusi pengajian tinggi lain. UPM turut mengambil bahagian aktif dalam sesinya dengan menyertai Pameran Kecerdasan Buatan (AI) yang mempamerkan hasil penyelidikan terkini universiti di pelbagai bidang. Antara penyelidik UPM yang terlibat ialah Dr. Norhariani Mohd Nor (Pensyarah Kanan, Fakulti Perubatan Veterinar), Prof. Madya Ir. Dr. Norhashila Hashim (Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan) dan Dr. Azree Shahrel Ahmad Nazri (Ketua Makmal, Institut Penyelidikan Matematik).
 
Majlis ini diharapkan bukan sahaja mengangkat semangat kecemerlangan dalam kalangan warga akademik, tetapi juga memperkukuh kolaborasi antara universiti, industri dan masyarakat. Pameran AI yang diadakan memberi peluang kepada penyelidik memperlihatkan inovasi mereka kepada peserta dan memberi inspirasi kepada generasi muda agar mengambil bahagian dalam revolusi teknologi dan penyelidikan masa hadapan.

Date of Input: 03/10/2025 | Updated: 03/10/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (08:01:07pm-08:06:07pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]