WIPO Dan MyIPO Lawat UPM: Perkukuh Ekosistem Inovasi Dan Pengkomersilan | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » WIPO dan MyIPO Lawat UPM: Perkukuh Ekosistem Inovasi dan Pengkomersilan

WIPO dan MyIPO Lawat UPM: Perkukuh Ekosistem Inovasi dan Pengkomersilan

SERDANG, 23 September – World Intellectual Property Organization (WIPO) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah mengadakan lawatan kerja ke Putra Science Park di Universiti Putra Malaysia (UPM).
 
Delegasi yang diketuai oleh YBrs. Encik Daren Tang, Ketua Pengarah WIPO, bersama YBrs. Pn. Yusnieza Syarmila Yusoff, Ketua Pengarah MyIPO, serta pegawai pengurusan dari kedua-dua organisasi tersebut telah disambut oleh YBhg. Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park (PSP). Dalam lawatan tersebut, Pengarah PSP telah membentangkan impak pengkomersilan di UPM serta pencapaian produk inovasi melalui lawatan ke Galeri Penyelidikan dan Inovasi.
 
Selain itu, YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid daripada Qarbotech Sdn. Bhd turut diberi kesempatan untuk membentangkan kisah kejayaan beliau dalam pengkomersilan sebagai pengeluar photosynthesis enhancers kepada delegasi sebelum mereka berangkat pulang.

Date of Input: 23/09/2025 | Updated: 23/09/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (12:10:23pm-12:15:23pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]