WIPO - JAPAN FUNDS-IN-TRUST ARRANGEMENT TAJA STAF PSP LATIHAN DI JEPUN | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » WIPO - JAPAN FUNDS-IN-TRUST ARRANGEMENT TAJA STAF PSP LATIHAN DI JEPUN

WIPO - JAPAN FUNDS-IN-TRUST ARRANGEMENT TAJA STAF PSP LATIHAN DI JEPUN

SERDANG, 7 Nov -  World Intellectual Property Organization (WIPO) dengan kerjasama The Japan Funds-In-Trust Arrangement telah menaja Pegawai di Putra Science Park, Suzalina Akma  Awing untuk mengikuti program Fellowship dalam pengurusan harta intelek dan pengkomersilan selama 3 bulan di Osaka Institute of Technology (OIT) bermula 13 Mei sehingga 8 Ogos 2019.

Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat tawaran Fellowship tersebut untuk menjalankan kajian penyelidikan mengenai pengurusan harta intelek dan pengkomersilan di negara Jepun. Tajuk kajian beliau adalah “The Key to Successful Technology Licensing And Technology Transfer Between University and Industry in Japan”. Hasil daripada kajian beliau ini telah dibentangkan di Osaka Institute of Technology, Japan yang dihadiri oleh Dekan Fakulti Harta Intelek OIT, pensyarah-pensyarah fakulti, wakil WIPO, wakil Japan International Cooperation Agency (JICA) dan pelajar fakulti.

Hasil penyelidikan beliau mendapati bahawa sokongan kerajaan dalam polisi harta intelek dan pengkomersilan, pemberian dana pengkomersilan, keutamaan perlindungan harta intelek yang yang mempunyai potensi pengkomersilan, penubuhan organisasi dalam perundingan pelesenan iaitu Technology Licensing Organization (TLO) dan konsep perniagaan yang dinamakan “Proof of Concept” atau “Devil River” amat membantu menjayakan pengkomersilan produk universiti.

Selain daripada penyelidikan tersebut, beliau juga telah mengikuti pembelajaran kursus-kursus sistem harta intelek bagi negara Jepun, United States, China dan Korea. Di samping itu juga, beliau juga telah mengikuti lawatan ke World Intellectual Property Organization di Tokyo, Osaka University, Kyoto University, Kobe University, Panasonic, Jabatan Kastam Kobe, Japan Patent Office (JPO), IP High Court dan Intellectual Property Association di Tokyo.

Hasil program fellowship ini telah memberi manfaat kepada Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia dan Kerajaan Malaysia bagi meningkatkan pengkomersilan harta intelek universiti pada masa akan datang.

Date of Input: 07/11/2019 | Updated: 07/11/2019 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdQAm~