»
NEWS » WIPO–Thailand’s Innovation Policy Forum 2025 yang berlangsung pada 20 hingga 21 November 2025 di The Centara Grand Hotel, Bangkok, Thailand
Putra Science Park (PSP) melalui Pengarahnya, Prof. Dr. Samsilah Roslan, bersama Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan), Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, telah menghadiri WIPO–Thailand’s Innovation Policy Forum 2025 yang berlangsung pada 20 hingga 21 November 2025 di The Centara Grand Hotel, Bangkok, Thailand. Forum berprestij anjuran World Intellectual Property Organization (WIPO) ini menghimpunkan pembuat dasar, pakar dasar inovasi dan wakil universiti dari seluruh rantau bagi membincangkan agenda strategik berkaitan pembangunan ekosistem inovasi serantau.
Penyertaan delegasi PSP dalam forum ini membuka ruang kepada pertukaran pengetahuan, penanda aras dasar inovasi antarabangsa serta peluang kerjasama baharu antara UPM dan pihak industri global. Kehadiran ini turut mengukuhkan peranan UPM sebagai universiti peneraju dalam pengurusan harta intelek, pemindahan teknologi dan pengkomersilan, selaras dengan usaha memperkukuh keupayaan inovasi negara dan memperluas jaringan strategik di peringkat antarabangsa.
Date of Input: 20/11/2025 |
Updated: 20/11/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING