Rekabentuk Industri | PUTRA SCIENCE PARK
» PENYELIDIK » PERLINDUNGAN HARTA INTELEK » Rekabentuk Industri

Rekabentuk Industri


Reka bentuk perindustrian
Reka bentuk perindustrian ialah rupa bentuk luaran secara keseluruhan sesuatu barang atau produk.  Bentuk atau tatarajah merupakan aspek tiga dimensi manakala corak atau hiasan merangkumi dua dimensi.  Ciri-ciri tiga atau dua dimensi atau kedua-duanya sekali yang terdapat pada suatu barang siap hendaklah melalui kaedah perindustrian.  Ciri-ciri tersebut akan memberi suatu penampilan yang unik pada suatu barang atau produk berkenaan.

Reka Bentuk Perindustrian yang boleh didaftarkan
Reka Bentuk Perindustrian yang hendak didaftarkan mestilah baru serta tidak pernah dizahirkan di Malaysia atau di mana-mana.

1. Bentuk dan tatarajah (Ciri 3D)
Kebaharuan suatu reka bentuk yang dilindungi adalah terletak kepada bentuk dan tatarajah yang terdapat pada barang berkenaan.

2. Corak dan hiasan (Ciri 2D)
Kebaharuan suatu reka bentuk yang dilindungi adalah terletak kepada corak dan hiasan yang terdapat pada barang berkenaan.

3. Gabungan kedua-dua ciri (3D dan 2D)
Kebaharuan suatu reka bentuk yang dilindungi adalah terletak kepada bentuk dan tatarajah serta corak dan hiasan yang terdapat pada barang berkenaan.

Reka Bentuk Perindustrian yang tidak boleh didaftarkan
1. Tidak mempunyai nilai estetik yang jelas. (Seksyen 3).
2. Kaedah atau prinsip pembinaan. [Seksyen 3(1)(a)]
3. Ciri yang ditentukan semata-mata oleh fungsi (Dictated solely by the function) [Section 3(1)(b)(i)].
4. Ciri yang bergantung kepada rupa suatu barangan lain (integral parts) [Section 3(1)(b)(ii)].
5. Perbezaan daripada segi butir-butir tidak material (tidak penting) atau ciri-ciri biasa yang digunakan dalam suatu perdagangan [Section 12(2)]
6. Bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral. [Seksyen 13].

Pemfailan
Pemfailan permohonan reka bentuk perindustrian perlu dibuat secepat mungkin atau sebelum sesuatu barang atau article dipasarkan kepada awam.

Tempoh perlindungan
Suatu reka bentuk perindustrian berdaftar adalah diberi perlindungan selama 5 tahun dari tarikh pemfailan.  Perlindungan boleh dilanjutkan selama 4 tempoh di mana setiap tempoh perlindungan selama 5 tahun. Ini bermakna tempoh maksimum perlindungan ialah selama 25 tahun.

Sempadan perlindungan
Sesuatu reka bentuk perindustrian yang berdaftar di Malaysia adalah diberi perlindungan hanya di Malaysia.  Untuk mendapatkan perlindungan di negara-negara lain, pemohon hendaklah membuat permohonan secara berasingan di setiap negara yang berkaitan. Walau bagaimanapun, sekiranya pemohon ingin mendapatkan Tuntutan Tarikh Prioriti di negara yang menjadi ahli Konvensyen Paris, pemohon hendaklah memfailkan permohonan berkenaan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemfailan di Malaysia.

..sumber MyIPO


Kemaskini:: 27/09/2016

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691254
03-89464121
B1566742577