Litar Bersepadu | PUTRA SCIENCE PARK
» PENYELIDIK » PERLINDUNGAN HARTA INTELEK » Litar Bersepadu

Litar Bersepadu

Apakah Rekabentuk susun atur litar bersepadu
Rekabentuk susun atur litar bersepadu adalah susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu dan sebahagian atau semua hubungan litar bersepadu itu atau susunan tiga dimensi sedemikian yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk dikilang.
Undang-undang yang melindung reka bentuk susun atur litar bersepadu adalah Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000.

Bagaimana untuk melindungi susun atur litar bersepadu?
Sesuatu reka bentuk susun atur layak mendapat perlindungan secara automatik sebaik sahaja memenuhi syarat-syarat berikut :
- Asli iaitu ia adalah hasil usaha intelek penciptanya sendiri dan bukan perkara biasa antara pencipta reka bentuk susun atur dan pengilang litar bersepadu;
- telah ditetapkan dalam bentuk material atau digabungkan dalam suatu litar bersepadu; dan
- pemegang hak reka bentuk susun atur itu adalah orang yang layak.


Siapakah pemegang hak reka bentuk susun atur dan apakah hak pemegang hak?
Pencipta;
- Orang yang menugaskan jika reka bentuk susun atur itu dicipta menurut sesuatu penugasan;
- Majikan jika reka bentuk susun atur itu dicipta oleh pekerja dalam menjalankan pekerjaannya.
- Pemegang hak sesuatu reka bentuk susun atur terlindung mempunyai hak yang berikut:
    - Menghasilkan semula dan memberi kuasa penghasilan semula reka bentuk susun atur terlindungnya; dan
    - Mengeksploitasikan secara perdagangan dan memberi kuasa pengeksploitasian secara perdagangan;
        - Reka bentuk susun atur terlindungnya;
        - Litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur terlindung itu; atau
        - Barang yang mengandungi litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur terlindung itu.

Tempoh perlindungan
Sesuatu reka bentuk susun atur dilindungi bagi tempoh 10 tahun dari tarikh ia mula-mula dieksploitasi secara perdagangan. Walau apa pun, perlindungan yang diberikan tamat selepas 15 tahun selepas tarikh ia dicipta.


Kemaskini:: 03/10/2016

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691254
03-89464121
B1566741165