Passive Arm Assists Exoskeleton Sistem, Permudah Penuaian Kelapa Sawit | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » Passive Arm Assists Exoskeleton Sistem, Permudah Penuaian Kelapa Sawit

Passive Arm Assists Exoskeleton Sistem, Permudah Penuaian Kelapa Sawit

Passive Arm Assists Exoskeleton Sistem, Permudah Penuaian Kelapa Sawit

Kelapa sawit merekodkan tanaman kedua terbesar di Malaysia. Penuaian kelapa sawit melalui kaedah manual memerlukan penuai untuk mengangkat dan membawa tiang panjang dan berat dengan sabit yang dipasang pada hujungnya. Ini menimbulkan masalah kesihatan kepada penuai bagi jangka masa panjang. Justeru itu, ciptaan ini direka khusus untuk menangani isu ini sekaligus meningkatkan efisiensi  proses kerja untuk mengangkat dan mengendalikan alat penuaian yang lebih mudah, tanpa mengganggu gerakan penuaian.

 

Penuaian kelapa sawit secara manual  memerlukan postur eksentrik, oleh itu produktiviti kualiti kerja adalah terhad mengikut tahap kecergasan fizikal penuai. Keletihan, terutamanya otot, adalah faktor utama yang akan mengurangkan produktiviti penuai.

 

Penuaian kelapa sawit manual memerlukan penuai untuk mengangkat dan membawa tiang panjang dan berat dengan sabit yang dipasang pada hujungnya. Mengikut rekod, penuai menghabiskan masa yang paling lama untuk membawa dan mengangkat alatan berikut, di mana kebanyakan bantuan diperlukan. 

 

Passive Arm Assists Exoskeleton System membantu penuai kelapa sawit sewaktu proses penuaian tandan buah segar kelapa sawit. Ia dilengkapi dengan exoskeleton dengan mekanisme bantuan mengangkat lengan. Ia boleh dihidupkan atau dimatikan dengan mudah dan cepat. 

 

Passive Arm Assists Exoskeleton System dapat digunakan secara efektif untuk mengangkat dan mengendalikan alat penuaian, tanpa mengganggu gerakan penuaian. Ia terdiri full body harness yang melindungi tulang belakang dan pinggul, dan memberi sokongan lengan. 

 

Ciptaan ini bertujuan untuk mengurangkan keletihan otot di kawasan lengan semasa mengangkat dan mengendalikan alat penuaian. 

 

Penyelidik: 

Dr. Hazreen Haizi Harith

Fakulti Kejuruteraan

asalleh@upm.edu.my

 

Tarikh Input: 21/03/2023 | Kemaskini: 21/03/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEcAAt~