Satu tetrapeptida baharu yang terdiri daripada empat jenis asid amino (Glycin – Asid aspartik - Prolin - Histidin) - GDPH telah direkabentuk dan disintesis. Ia telah disambung kepada asid lemak (asid palmitik) menjadi Palmitol-GDPH sebagai molekul baharu. Ia mempunyai aktiviti biologi yang berpotensi dan menunjukkan kebaikan dalam menyediakan persekitaran bagi menggalakkan pertumbuhan sel. Selain itu, ia mempamerkan sifat perangsang dan penghijrahan sel. Ia berfungsi sebagai molekul aktif biologi yang baharu untuk menggalakkan pembentukan kolagen secara amnya dan sebagai ubat berpotensi untuk rawatan luka secara khususnya.
Setiap tahun, beribu-ribu pesakit mengalami pelbagai jenis kerosakan kulit yang biasanya terjadi dari kebakaran disebabkan air dan minyak yang panas. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah dinyatakan bahawa lebih daripada 30,000 kes berlaku setiap tahun disebabkan oleh cabaran untuk regenerasi lapisan kulit. Di negara-negara membangun, rawatan luka seperti ulser kulit dan pembakaran merupakan beban kesihatan utama dan cabaran klinikal. Penyembuhan luka yang lambat adalah proses yang kompleks dan interaktif, oleh itu peptida terapeutik menjadi penting sebagai ubat yang berpotensi kerana ia mempunyai kelebihan berbanding protein dan antibodi dari segi kos pengeluaran yang lebih rendah dan kestabilan yang lebih baik. Penggunaan peptida sebagai sebatian dan ramuan biologi yang aktif adalah diperlukan untuk membangunkan kaedah rawatan baru bagi memenuhi keperluan rawatan luka. Peptida telah ditemui dan dikaji berkaitan dengan potensi untuk menyembuhkan kecederaan kulit pada masa ini di mana ubat terapeutik yang sedia digunakan terlalu mahal, toksik dan tidak selamat dalam jangka masa panjang.
Peptida terapeutik ini (Palmitoyl-GDPH) mempunyai matlamat yang sama untuk mengubati penyakit dan derita dengan konsep dan cara sendiri. Ia membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka yang disebabkan oleh daya luar. Khususnya, ia menjadi ubat berpotensi untuk rawatan luka dan mengakibatkan pengurangan jumlah kos rawatan dan mempercepatkan tempoh rawatan.
Keperluan |
Teknologi Semasa |
Teknologi Terdahulu |
Produk |
Palmitoyl-GDPH (Tetrapeptida asid palmitik) |
Campuran tetrapeptida dan tripeptida (EP 1686957) |
Langkah inventif teknologi |
- Satu urutan peptide baharu, yang mempunyai potensi sebagai sebatian aktif biologi - Tidak toksik, berpotensi sebagai ubat untuk rawatan luka -Hidrofilik (larut air) |
- Tetrapeptida : N-palmitoyl- glycine-glutamine-proline-arginine (Pal-GQPR) - Tripeptida : N-palmitoyl-glycine-histidine-lysine (Pal-GHK) - Tidak toksik, keserasian, kestabilan, tiada tindak balas alergi |
Permohonan industri |
Perubatan, Farmaseutikal, Kosmeseutikal, Pembaikan tisu |
Farmaseutikal, Perubatan |
Kelebihan |
- Menggalakkan pertumbuhan sel-sel baharu - Meningkatkan pengeluaran kolagen - Mempromosikan kematangan sel - Berpotensi sebagai ubat untuk penyembuhan luka - Kos rendah - Selamat digunakan - Terbiodegradasikan dan bioserasi |
- Mencegah dan/atau mengurangkan tanda-tanda penuaan dan/atau peningkatan kolagen I |
Kos |
5g = RM 4000 (lebih murah jika secara pukal) |
5g = RM 5000 |
Kesihatan |
Tidak toksik |
Tidak toksik |
Dr Haslina Ahmad
Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UPM
Tel : 03-9769 7486
Emel : haslina_ahmad@upm.edu.my
Tarikh Input: 05/09/2019 | Kemaskini: 05/09/2019 | asrizam
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia