KUALA LUMPUR 12 Mei– Teknologi Biomass Microwave Carbonizer (BMC) hasil ciptaan Prof Madya Dr Mohamad Amran Mohd Salleh dan Prof. Dr. Azni Idris, daripada Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya meraih pingat emas di 29th International Invention & Innovation Exhibition 2018 (ITEX 2018) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 11 dan 12 Mei 2018 yang lalu.
UPM turut menghantar 4 penyertaan untuk dipertandingkan bagi kategori Invention Competition pada ITEX kali ini.
BMC yang merupakan inovasi UPM yang telah berjaya dikomersialkan oleh syarikat Pakar GoGreen Sdn Bhd merupakan faktor penyumbang di atas kemenangan ini. Syarikat ini juga merupakan syarikat start-up UPM di bawah program InnoHub Putra Science Park UPM yang diuruskan oleh Pn Atiyyah Ameenah selaku CEO syarikat.
BMC merupakan teknologi yang sangat effisyen dan mesra alam sekitar bagi menghasil biochar yang mempunyai kualiti tinggi dengan membakar sisa pertanian/biomass menggunakan tenaga microwave.
Tahniah juga diucapkan kepada kepada semua penyelidik UPM telah berjaya pada ITEX 2018.
Tarikh Input: 17/05/2018 | Kemaskini: 11/07/2018 | asrizam
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia