TAWARAN MENGIKUTI LATIHAN SANGKUTAN PENGKOMERSILAN (LSP) KEPADA STAF AKADEMIK UPM | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » TAWARAN MENGIKUTI LATIHAN SANGKUTAN PENGKOMERSILAN (LSP) KEPADA STAF AKADEMIK UPM

TAWARAN MENGIKUTI LATIHAN SANGKUTAN PENGKOMERSILAN (LSP) KEPADA STAF AKADEMIK UPM

ADAKAH TEKNOLOGI YANG ANDA HASILKAN

  • Mempunyai Minimum Viable Product?
  • Mempunyai permintaan di pasaran?

 ADAKAH ANDA INGIN

  • Melaksanakan validasi pasaran ke atas teknologi hasil penyelidikan anda?
  • Mengkomersilkan teknologi hasil penyelidikan anda?
  • Meneroka bidang keusahawanan teknologi?
  • Menubuhkan syarikat pemula untuk mengkomersilkan teknologi hasil penyelidikan anda?

 

Jika YA untuk semua jawapan di atas, UPM  menyediakan LATIHAN SANGKUTAN PENGKOMERSILAN (LSP) bagi memberi peluang kepada Staf Akademik menceburi bidang keusahawanan berasaskan Harta Intelek UPM sehingga 24 bulan secara fokus.

LSP bertujuan untuk menambah dan memperluaskan pengalaman Staf Akademik dalam bidang keusahawanan serta membentuk sikap, jati diri, kemahiran dan pengetahuan dalam dunia industri sebenar agar boleh menghasilkan inovasi yang berpacukan pasaran dan berdaya saing.

Latihan akan bermula pada Semester 1 2024/2025.

 

Sebarang pertanyaan hubungi :

Urusetia Latihan Sangkutan Pengkomersilan

Seksyen InnoHub

Putra Science Park

(Puan Noorhayati Fazlul Haque : 03-97691627 / noorhayati@upm.edu.my)

Tarikh Tutup Permohonan : 31 APRIL 2024

Sila imbas Kod QR untuk Garis Panduan LSP & Borang Permohonan LSP

 

Tarikh Input: 08/03/2024 | Kemaskini: 08/03/2024 | nuradhilah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEbWAm~