UPM Sertai Pameran Festival Of Ideas 2022 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM sertai Pameran Festival of Ideas 2022

UPM sertai Pameran Festival of Ideas 2022

UPM sertai Pameran Festival of Ideas 2022

 

Ditulis oleh: Aishah Hisamuddin

 

PUTRAJAYA, 11 Oktober – Universiti Putra Malaysia (UPM) mengetengahkan enam inovasi sempena pameran Festival of Ideas anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula 29 September hingga 12 Oktober 2022.

Festival of Ideas merupakan pameran inovasi bertujuan untuk meraikan cetusan idea baharu para penyelidik sejajar dengan perkembangan pendidikan tinggi di era revolusi industri 4.0.

Putra Science Park (PSP) selaku peneraju harta intelek UPM mengetengahkan sebanyak enam produk inovasi UPM di samping mempromosikan Edu-Park, pakej pelancongan berbentuk modul pembelajaran yang ditawarkan kepada masyarakat dengan 12 pilihan tempat menarik di sekitar kawasan persekitaran universiti.

 

Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad, Pengarah Putra Science Park berkata, FOI menyediakan platform kepada institut pengajian tinggi untuk mendekati masyarakat secara terus dan berkongsi kebaikan produk inovasi yang dibangunkan di samping meningkatkan keterlihatan UPM dalam mempromosikan aspek pelancongan yang berkonsepkan ‘Play, Learn and Stay Young’.

 

Enam inovasi yang diketengahkan menerusi pameran ini adalah Bio-Esst Nanoemulsion Skin Serum with Oleate, Milagro Motado, Harvast, Sari Rasa Sos dan Pes Labu, Kopi Rajawali dan Thohira Synbiotics.

 

Menariknya pada pameran kali ini, PSP turut berkesempatan mengadakan sesi temubual bersama para wartawan berkenaan dua produk inovasi UPM yang kini hangat di pasaran iatu Kopi Rajawali dan Sari Rasa Sos dan Pes Labu.

 

Salah sebuah inovasi yang ditemu bual oleh wartawan adalah produk Sari Rasa Sos dan Pes Labu. Ketua Penyelidik, Dr. Siti Nurhayati Khairatun berkata, labu yang terkenal dengan pelbagai khasiat seperti kaya dengan vitamin dan mineral penting kini dapat dinikmati oleh masyarakat dalam variasi menarik seperti sos dan pes makanan.

 

“Sos labu yang dibangunkan berfungsi sebagai alternatif penambah rasa yang memberikan kelainan dari segi tekstur, dan nutrien tambahan. Ia diproses secara minimum dan diperbuat daripada bahan-bahan yang sihat dan padat nutrient,” jelasnya lagi.

 

Pameran FOI menghimpunkan para penyelidik UPM dari pelbagai fakulti seperti Fakulti Pertanian, Pusat Asasi Sains Pertanian, Fakulti Bioteknologi dan Sains Pertanian, Institut Nanosains dan Nanoteknologi, dan Fakulti Sains Makanan dan Teknologi dalam mempromosikan produk mereka di khalayak ramai.

 

Penyertaan UPM di pameran Festival of Ideas ini berakhir pada 12 Oktober 2022 pada jam 5.00 petang dengan keseluruhan sambutan yang menggalakkan dari pengunjung.

 

 

Tarikh Input: 13/10/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFBEAE~