Event Title
Mesyuarat Kerjasama Teknologi Agrivoltaic antara UPM dan Mabiyoder, Turkey
Date
28 Feb 2025 - 28 Feb 2025
Event Summary
Pada 28 Februari 2025, satu mesyuarat atas talian telah diadakan bagi membincangkan hala tuju kerjasama teknologi Agrivoltaic antara Putra Science Park (PSP), UPM dan Syarikat Mabiyoder dari Turki. Teknologi ini merupakan hasil penyelidikan Prof. Madya Ir. Dr. Mohammad Effendy Bin Ya`acob dari Fakulti Kejuruteraan, UPM, yang menggabungkan tenaga boleh diperbaharui dengan amalan pertanian dan penternakan. Ia berupaya mengintegrasikan pengeluaran tenaga solar dengan aktiviti penternakan serta penanaman tanaman secara berkesan.
Updated:: 04/03/2025 [faizfarhan]