BANALOP – Green Banana Skin Peeler | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » BANALOP – Green Banana Skin Peeler

BANALOP – Green Banana Skin Peeler

Dalam industri penghasilan kerepek pisang, peringkat pembuangan kulit pisang muda adalah satu proses yang merumitkan kerana kulit pisang muda masih keras dan bergetah. Pekerja yang mahir diperlukan untuk membuang kulit muda ini tanpa merosakkan isi pisang. Jika isi pisang rosak maka penghasilan bentuk kerepek menjadi kurang cantik. Disamping itu, getah pisang serta bentuk yang tidak sekata juga mengakibatkan proses pembuangan menjadi rumit dan lambat. BANALOP dibangunkan sebagai sebuah alat mempercepatkan pengupasan kulit pisang muda tanpa mencederakan isi pisang serta mudah dikendalikan, lebih higenik, mudah dibersihkan, mudah alih mengikut keselesaan pengguna serta menjimatkan masa dan tenaga semasa pemprosesan.

Inovasi BANALOP adalah sebuah alat untuk mengupas kulit pisang muda terutamanya pisang nipah (Musa acuminate balbisiana) yang mempunyai tiga hingga lima permukaan kulit datar yang perlu dibuang. BANALOP dibangunkan sebagai satu kaedah alternatif bagi pengupasan kulit pisang muda dalam industri penghasilan kerepek pisang di mana masih mengamalkan cara manual dengan menggunakan pisau. Kelemahan cara pengupasan manual ini adalah memerlukan kemahiran dalam pengendalian pisau dimana ia boleh merosakkan isi pisang disamping mengambil masa serta kurang selamat. BANALOP adalah sebuah alat yang selamat digunakan serta tidak mencederakan isi pisang. Ia direkabentuk supaya sesuai dengan bentuk pisang yang melengkung dan memudahkan semasa pembuangan kulit. Alat ini mempunyai dua bahagian iaitu PENGHIRIS dan PENGASING. BANALOP terbukti dapat meningkatkan kadar pengupasan sebanyak 60% serta hanya kehilangan kulit pada 1.9% sahaja.

 

Kelebihan

Produk yang dibuat selamat untuk pisang dan juga untuk pekerja. Berbanding dengan menggunakan pisau dapur, ia boleh membahayakan pekerja dan pisang kerana ia tidak mempunyai sebarang ciri-ciri keselamatan. Reka bentuk pada alat ini telah direka kahs dengan mempertimbangkan keselamatan kedua-duanya. Kecederaan isi pisang yang minimum dapat dicapai dengan maksimum sebanyak 1.1% sahaja.

Produk ini menjimatkan kos dan tidak mahal berbanding menggunakan mesin yang berharga lebih dari RM3000.

Reka bentuk dibuat mudah dikupas dan dapat menjimatkan masa pengupasan (lebih kurang 60% dari kaedah semasa) kerana dimensi dan bentuk alat dibuat dengan tepat agar sesuai dengan bentuk dan tekstur pisang.

Proses pengupasan menjadi lebih bersih serta produk ini juga senang dibersihkan, mudah alih dan mudah dikendalikan oleh sesiapa sahaja.

 

Penyelidik
Prof. Madya Ts. Dr. Rosnah Shamsudin
Kejuruteraan Proses dan Makanan
Fakulti Kejuruteraan UPM
rosnahs@upm.edu.my

 

Untuk mengkomersilkan teknologi ini, hubungi
Putra Science Park
Email    : promosi@upm.edu.my

 

Tarikh Input: 27/10/2020 | Kemaskini: 13/11/2020 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdGAR~