BlastBuster RS4 Tangani Penyakit Karah Padi | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » BlastBuster RS4 tangani penyakit karah padi

BlastBuster RS4 tangani penyakit karah padi

Penyakit karah padi atau lebih dikenali sebagai “buruk tangkai” memang sudah tidak asing lagi dalam kalangan petani. Penyakit ini sering melanda industri tanaman padi sehingga memberi ancaman kepada sekuriti makanan bagi jangka masa panjang.

 

Penyakit karah padi ini terjadi disebabkan oleh pathogen Magnapothe Oryzae yang merebak melalui air hujan.

 

Di antara tanda tanaman padi dilanda penyakit ini adalah melalui kesan bintik berwarna kelabu yang terhasil di pemurkaan daun. Serangan penyakit ini akan mengakibatkan buah padi menguning dan tidak berisi.

 

Terdapat pelbagai cara untuk menangani penyakit ini diantaranya dengan menggunakan biji benih padi yang tahan penyakit atau dengan melakukan rawatan biji benih sebelum melakukan aktiviti penanaman padi.

 

Selain itu, para petani juga disyorkan untuk membuat pemantauan padi secara berterusan memandangkan penyakit karah padi ini sering melanda sewaktu padi semakin matang sekali gus menyebabkan berlakunya total kerosakan pada buah padi.

 

Hal ini ternyata merugikan industri penanaman padi dan menjejaskan bekalan makanan negara memandangkan nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia.

 

Menyedari akan kepentingan meningkatkan sekuriti makanan negara, Ketua Penyelidik, Prof. Dr. Wong Mui Yun dari Fakulti Pertanian UPM menghasilkan teknologi BlastBuster RS4 khusus untuk membasmi patogen Magnapothe Oryzae yang merosakkan tanaman padi.

 

BlastBuster RS4 merupakan pembasmi kuman yang menawarkan penyelesaian kepada penyakit tanaman padi. Teknologi ini berkesan dalam mengalakkan pertumbuhan benih padi yang selamat dan bebas dari virus patogen ini.

 

Semburan BlastBuster RS4 terbukti berkesan dalam memberi lapisan perlindungan pada benih padi sekali gus meningkatkan kualiti hasil padi yang dihasilkan. Komponen BlastBuster RS4 dibangunkan dengan menggunakan bakteria semulajadi dengan bahan melekit yang direka untuk memberi perlindungan kepada benih tanaman padi.

 

Teknologi ini menyasarkan penggunaan yang meluas kepada para petani dan industri tanaman padi terutama dalam menangani penyakit “buruk tangkai”.

Menariknya, teknologi ini merekodkan keberkesanan sehingga meningkatkan percambahan benih sehingga 51% sekali gus memberi peningkatan kepada hasil tanaman padi yang berkualiti.

Selain berfungsi sebagai anti kulat yang selamat kepada alam sekitar, BlastBuster RS4 juga berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan penyediaan benih tumbuhan yang anti karah di samping menjadi alternatif berasaskan biologi yang lebih selamat untuk memerangi penyakit ini.

Penggunaanya yang mudah serta komponen BlastBuster RS4 yang tidak berbahaya kepada manusia menjadikannya solusi terbaik kepada industri tanaman padi dalam mendepani virus Magnapothe Oryzae.

 

Penyelidik

 

Prof. Dr. Wong Mui Yun

Faculti Pertanian

muiyun@upm.edu.my

 

Tarikh Input: 23/09/2022 | Kemaskini: 23/09/2022 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEUIAP~