Cetakan 3D Bergred Perubatan (MeG3rD) | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » Cetakan 3D Bergred Perubatan (MeG3rD)

Cetakan 3D Bergred Perubatan (MeG3rD)

Model anatomi Medical Grade 3D Print (MeG3rD)

Adalah model khas untuk digunakan bagi strategi rawatan perubatan. Ia menggabungkan data sebenar pesakit dan bahan mentah yang bergred perubatan untuk Cetakan 3D. MeG3rD bukan sahaja berupaya untuk meniru sesuatu patalogi (organ berpenyakit) yang kompleks, bahkan tekstur yang dibangunkan juga hampir sama untuk menjadikan struktur anatomi ini lebih realistik. Inovasi ini dapat menyediakan satu persekitaran in-vivo yang ideal bersesuaian untuk prosedur perubatan yang ringkas mahupun kompleks. Perkembangan konsep MeG3rD bermula sekitar tahun 2015 dimana keutamaannya digunakan untuk prosedur invasive minima yang melibatkan panduan imej. Maklum balas yang kuat terhadap keberkesanan model ini kepada pakar perubatan membawa kepada idea pengkomersialan. Pada tahun 2017, Lönge Medikal Sdn. Bhd. secara rasmi bergabung dengan InnoHub® Universiti Putra Malaysia untuk mengukuhkan inisiatif pengkomersialan MeG3rD.

 

Isu

Setiap pesakit itu unik (berbeza), maka pelbagai jenis prosedur diperlukan untuk merawat pelbagai jenis pesakit. Walaubagaimanapun, latihan khusus berdurasi panjang diperlukan dan ia mungkin menelan masa bertahu-tahun. Sesetengah latihan prosedur perubatan tidak dapat dijalankan dengan realistik kerana patalogi (organ berpenyakit) setiap pesakit adalah berbeza, Sebagai contoh, barah setiap pesakit adalah berbeza dari segi saiz, bentuk, lokasi dan kompleksiti penyakit tersebut. Walaupun latihan dapat dijalankan ke atas mayat manusia atau model haiwan, terdapat kekangan yang besar seperti kes latihan tidak realistik, kebolehan pembelajaran psikomotor yang terhad, dan paling penting ianya tidak diolah untuk meniru patalogi (organ berpenyakit) pesakit yang sebenar. Situasi ini Ini menjadi faktor utama  pembangunan MeG3rD, di mana ia mampu meningkatkan learning curve kepada para pakar dan berpotensi untuk digunakan sebagai simulasi rutin sebelum prosedur sebenar dilakukan. MeG3rD merupakan replika dengan nisbah 1:1 yang dibandingkan dengan patalogi (organ berpenyakit) yang sebenar, dan ini membolehkan peralatan perubatan yang sebenar turut diguna pakai.

 

Fungsi

MeG3rD unik kerana ia membantu doktor untuk memperoleh pengalaman sebenar melakukan prosedur perubatan seolah-olah sedang dilakukan ke atas pesakit sebenar. Bahan mentah yang digunakan perlulah menepati kehendak doktor dan cetakan 3D itu mestilah mengreplika kompleksiti pathologi sesuatu organ dengan nisbah 1:1. Kedua-dua bahan mentah dan rekaan kemudiannya akan diberi input perubatan untuk menjadikan cetakan 3D print ini lebih relevan untuk kegunaan doktor. Contohnya, MeG3rD : Putra 2 (model aneurysm) membolehkan para doktor mengguna pakai teknik cannulate di “aorta” dan “salur darah otak” menggunakan navigasi x-ray (angiografi). Doktor dapat menggunakan catheter dan peralatan perubatan yang lain yang biasa digunakan unutuk sampai ke lokasi patologi (organ berpenyakit) dan merawat patologi (organ berpenyakit) tersebut. Kesemua prosedur ini dibuat di suite/bilik doktor sendiri dan dibantu oleh pasukan doktor ini sendiri. Kesemua faktor ini dapat meningkatkan keyakinan dalam mengendalikan sebarang kes yang kompleks kerana innovasi MeG3rD ini seakan-akan replikasi prosedur perubatan yang sebenar disamping memberi pengalaman yang sebenar kepada para doktor seperti prosedur ini dilakukan di “rumah sendiri” ke atas “pesakit sebenar”.

 

Kelebihan 

Teknologi ini membolehkan para doktor untuk mendapat hasil rawatan yang lebih baik, selamat dan mengurangkan komplikasi perubatan. Ianya juga dapat menyediakan peluang untuk para doktor melakukan percubaan ke atas kes-kes perubatan yang kompleks sebelum mengendalikan kes terhadap pesakit yang sebenar. Ini dapat mengurangkan tempoh prosedur, dan memberi hasil yang lebih baik kepada pemasalahan pesakit, sekaligus dapat mengurangkan tempoh berada di hospital. Secara keseluruhannya faktor ini akan mengurangkan kos keseluruhan sesuatu prosedur perubatan.

 

-  Prof. Dr. Ahmad Sobri Muda dan Dr. Yusri Mohammed

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 11/07/2018 | Kemaskini: 31/05/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691254
03-89464121
B1566364812