Serbuk daun Moringa Olifera mengandungi anti-oksidan, sebatian anti-radang, fenolik, flavonoid dan protein lengkap dengan amino asid penting untuk kesihatan. Daun segar yang mempunyai kandungan lembapan yang tinggi dan rasa pahit apabila dikeringkan menjadikan daun ini sangat mudah rosak dan sukar ditelan secara mentah atau secara terus. Chewable Moringa Fruity Tablets adalah formulasi unik daun Moringa Oleifera yang mudah dikunyah, berkhasiat, semula jadi, menjimatkan dan boleh dijadikan sebagai makanan tambahan untuk semua peringkat umur. Inovasi ini menggunakan serbuk buah sebagai pengikat semulajadi (natural binder). Tahap piawaian tablet yang dicipta telah dilakukan mengikut parameter yang ditetapkan oleh Food and Drug Administration of United State (FDA) dan International Pharmacopeia untuk tablet mudah terurai (disintegrating tablets). Inovasi ini dibangunkan untuk mempromosikan daun Moringa Oleifera sebagai suplemen multivitamin yang murah serta dapat memenuhi tahap multivitamin yang hilang dalam makanan untuk masyarakat kurang berkemampuan di seluruh dunia. Sekiranya seorang dewasa mengambil lima tablet setiap hari, tablet ini boleh memenuhi 100% RDA vitamin A (β-karoten) daripada sumber semulajadi yang asli.
Isu
Daun Moringa oleifera mengandungi nutrien yang tinggi dan anti-oksidan yang menjadikan daun ini dikenali sebagai makanan super. Moringa oleifera merupakan tumbuhan yang paling kaya dengan nutrien ditemui setakat ini. Ia juga kaya dengan gabungan nutrien, asid amino, antioksidan, anti radang yang jarang digunakan dalam pemakanan dan penyembuhan. Di Malaysia, daun dan buah Moringa telah digunakan dalam masakan kari dan hidangan tempatan. Tumbuhan ini sangat terkenal dalam bidang masakan di kalangan masyarakat india, dan kebanyakan rumah masyarakat india di Malaysia telah menanam pokok ini untuk kemudahan penggunaan dan kegunaan lain.
Sejak tahun 1998, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mempromosikan Moringa sebagai alternatif kepada bekalan makanan yang diimport untuk merawat malnutrisi. Moringa telah digunakan dalam perubatan tradisional selama berabad-abad dalam pelbagai budaya di seluruh dunia untuk merawat pelbagai penyakit seperti jangkitan kulit, anemia, kegelisahan, asma, bronkitis, sesak dada, kolera, konjunktivitis, batuk, cirit-birit, jangkitan mata dan telinga, demam, kelenjar, bengkak, sakit kepala, tekanan darah tidak normal, histeria, sakit sendi, jerawat, psoriasis, gangguan pernafasan, skurvi, sakit tekak, terkehel, tuberkulosis, cacing usus, laktasi, kencing manis dan kehamilan.
Meskipun begitu, disebabkan rasa daun ini sangat pahit, ia tidak mungkin dimakan dalam bentuk mentah. Oleh itu, inovasi ini dapat menyelesaikan masalah dengan menukarkan serbuk daun Moringa menjadi tablet yang boleh kunyah. Serbuk buah digunakan sebagai agen pelindung rasa untuk menangani rasa pahit daun Moringa. Proses pembuatan tablet menggunakan kaedah pemampatan langsung telah digunakan bagi membentuk tablet.
Kelebihan
Prof. Madya Ir. Dr. Yus Aniza Yusof
Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia,
Tarikh Input: 11/07/2018 | Kemaskini: 11/07/2018 | asrizam
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia