Eagle Japan Program | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » Eagle Japan Program

Eagle Japan Program

Kumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menjalinkan kerjasama bersama universiti penyelidikan Jepun, iaitu Chiba University, Jepun melalui Eagle Japan Program. Program tersebut merupakan Program Kemahiran PhD untuk Program Fellowship in Informatics Medical Engineering (FIME) yang diadakan pada 16 Julai 2021 yang lalu.

Program ini sekaligus menjadi kursus antarabangsa pertama yang akan memanfaatkan sepenuhnya Sistem EAGLE Navigator Online, teknologi tempatan Malaysia yang memfasilitasi fasa ideasi kajian PHD. Projek ini bertujuan untuk menjadikan E.A.G.L.E. program latihan keupayaan intelektual diakses oleh profesional yang berpendidikan yang memberi inspirasi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Menurut ketua penyelidik, Prof. Dr. Rahinah Ibrahim, EAGLE Navigator Online merupakan inovasi yang dihasilkan bagi membantu pelajar atau calon tesis Master dan PhD mengaplikasikan teknik untuk mempercepat pemahaman penghasilan tesis atau cadangan penyelidikan mereka.

“Modul ini menerangkan mengenai kandungan dan teknik melalui ceramah dan bengkel interaktif mengenai memahami dan mengembangkan Rangka Reka Bentuk Penyelidikan Eagle (lebih dikenali sebagai Eagle Table). Jadual Helang bergantung pada kejayaan pembangunan persoalan kajian utama,” tambahnya.

Berdasarkan Kerangka Reka Bentuk Penyelidikan E.A.G.L.E, projek ini bermaksud untuk mendigitalkan alat E.A.G.L.E dan memperhalusi lagi program latihan dengan memasukkannya ke dalam modul latihan. Bahan dari bengkel eksperimen dan buku panduan akan dikembangkan menjadi program latihan dalam talian yang berpatutan. Bayaran latihan dan pendekatan pemasaran yang sesuai akan dikembangkan dan diuji untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Objektif utama penghasilan modul E.A.G.L.E adalah untuk membantu para pelajar di dalam kuliah dan bengkel melalui bengkel yang interaktif serta membantu pelajar menyelesaikan tesis tepat pada waktunya.

Program kerjasama tersebut mensasarkan kumpulan pertama yang terdiri daripada 6 pelajar PhD yang baru memulakan Fellowship mereka di bawah pengawasan Prof. Toshiya Nakaguchi di Pusat Kejuruteraan Perubatan Frontier. Kumpulan ini akan dilatih oleh Dr. Mayumi Nomura. Dr. Nomura adalah jurulatih EAGLE bertauliah di bawah syarikat Grounded Learning (M) Sdn Bhd

Grounded Learning (M) Sdn Bhd merupakan syarikat pemula (start-up company) di bawah InnoHub, Putra Science Park UPM iaitu makmal inovasi pertama yang disasarkan untuk memupuk usahawan teknologi yang menterjemahkan teknologi dan inovasi UPM menjadi produk berdaya maju pasaran dengan membangunkan produk terbaik dan pelan pemasaran daripada pelaksanaan pengesahan pasaran yang dijalankan. Sehingga tahun 2021, InnoHub UPM telah berjaya melahirkan 77 buah syarikat pemula dalam pelbagai bidang kepakaran.

Maklumat lanjut, layari www.eaglenavigator.com.

 

Artikel oleh:

Nor Azizah Ismail  

Pegawai Eksekutif PSP

Tarikh Input: 21/04/2022 | Kemaskini: 21/04/2022 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXETNAJ~