FITRAH: Sistem Perakam Video Digital Generasi Akan Datang (DVR) | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » FITRAH: Sistem Perakam Video Digital Generasi akan datang (DVR)

FITRAH: Sistem Perakam Video Digital Generasi akan datang (DVR)

FITRAH menggunakan teknologi kecerdasan buatan/Artificial Intelligence (AI) bagi mengenalpasti aktiviti jenayah untuk dijadikan sebagai langkah awal sebelum berlakunya aktiviti penjenayahan. Teknologi ini berasaskan deep learning, game theory dan Bayesian network.

 

Deep learning membantu untuk membezakan manusia dengan objek-objek lain seperti kereta atau haiwan. Game theory digunakan untuk menghasilkan strategi-strategi yang dapat mengesan strategi pelaku, yang mana akan mengesan aktiviti-aktiviti penjenayah serta memberi amaran kepada penjenayah bagi mengurangkan motivasi atau menghalang tindakan penjenayah tersebut untuk meneruskan aktiviti jenayah dengan memberi beberapa isyarat kepada mereka yang mereka sedang diperhatikan. Teknologi Bayesian network digunakan untuk membuat keputusan sama ada aktiviti-aktiviti tersebut merupakan jenayah atau tidak.

 

Teknologi ini dibangunkan kerana kekurangan teknologi dan produk tempatan yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan pasaran di negara ini. Kebanyakkan teknologi kecerdasan buatan berteknologi tinggi adalah daripada USA dan China yang boleh menimbulkan isu keselamatan yang jarang diberi perhatian. Syarikat-syarikat di Malaysia banyak menggunakan teknologi kecerdasan buatan tanpa memikirkan kesannya. Contoh yang paling jelas, sistem pengecaman wajah dari luar negara sudah dimasukkan beberapa wajah ejen-ejen dari negara tersebut tanpa diketahui. Disini, penyelidik perlu menyumbangkan kepakaran di dalam penyelidikan berteknologi tinggi untuk memenuhi keperluan dan permintaan pasaran tempatan disamping dapat mengurangkan pengaliran wang keluar ke negara luar.

 

Selain itu, technologi ini dibangunkan bagi pendekatan mencegah lebih baik daripada mengubati. Melalui teknologi yang berimpak tinggi, aktiviti jenayah dapat dicegah bagi membantu mengurangkan masalah sosial. Dengan teknologi FITRAH, dapat mengatasi atau mengelakkan berlakunya jenayah.

 

Secara keseluruhannnya, FITRAH berfungsi untuk mencegah pelaku daripada melakukan jenayah. FITRAH dilengkapi dengan teknologi (1) pengecaman manusia, (2) pengecaman aktiviti-aktiviti jenayah dan (3) teknologi penghasilan strategi untuk mengakali pelaku. FITRAH ‘melihat’ dengan menggunakan CCTV dan bertindak dengan menggunkan WHATSAPP dan penggera yang dipasang di rumah, bangunan atau premis perniagaan.

 

FITRAH digunakan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn untuk memantau tabung masjid yang terletak di luar kawasan masjid. Jika aktiviti-aktiviti jenayah di sekitar tabung masjid oleh penjenayah dapat dikesan, penggera akan dibunyikan sekali sebagai amaran untuk menghalang atau mengurangkan motivasi penjenayah untuk terus melakukan jenayah. Jika penjenayah tersebut beredar, maka tiada tindakan selanjutnya oleh FITRAH. Tetapi jika penjenayah masih ingin meneruskan aktiviti, penggera akan dibunyikan beberapa kali untuk menakutkan penjenayah. Satu mesej bergambar akan dihantar kepada AJK masjid dan pengawal keselamatan masjid untuk tindakan. Kadang-kadang, penjenayah mempunyai strategi-strategi yang tersendiri untuk melakukan jenayah seperti beredar untuk seketika dan datang kembali selang beberapa jam. FITRAH akan menjana beberapa strategi untuk mengesan dan meramal strategi tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=WnMYsci1mWE

 

Kelebihan FITRAH adalah dapat membezakan aktiviti jenayah tanpa bantuan manusia

dengan bantuan Bayesian network. FITRAH juga dapat membuat keputusan dan  tindakannya sendiri untuk menghalang pelaku daripada melakukan jenayah tanpa bantuan manusia.

 

FITRAH bermanafaat kepada masyarakat dengan mengurangkan kadar jenayah dengan lebih berkesan kerana memantau selama 24/7. Disamping itu, FITRAH membantu penjenayah mendapat peluang kedua. Ini dapat mengukuhkan insitutisi kekeluargaan kerana orang yang tersayang tidak bertukar menjadi penjenayah.

 

 

Nama                : Dr. Azree Nazri
Alamat              : Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat
Tel                    : 03-97691655
Emel                 : azree@upm.edu.my

 

Tarikh Input: 23/05/2019 | Kemaskini: 23/05/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdRAy~