
Ideavault merupakan sayembara idea yang dihimpunkan dari seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat dan umur, bakal dipertandingkan dan menggegarkan Putrajaya pada 4 hingga 7 November 2025 nanti sempena Festival Idea Putrajaya 2025 yang bakal berlangsung. FOI Putrajaya 2025 bakal menyaksikan 100 idea terbaik akan dibentangkan untuk dinilai idea terbaik yang mampu direalisasikan bagi membantu industri, pihak kerajaan dan rakyat Malaysia terutamanya. Pertandingan ini telah dimulai pada penghujung tahun 2024 dan akan sampai ke acara kemuncaknya di PICC nanti.
Majalah Sains
Negara kini tidak boleh ketinggalan dalam arus perubahan, oleh itu kepentingan penguasaan matematik, kalkulus, digital, dan kecerdasan buatan (AI) serta perbincangan mengenai tenaga baru adalah amat perlu kerana tenaga lama kini dipertikai yang berpotensi membawa kerosakan.
Kegagalan menjana idea baharu yang mampu menangani isu kritikal negara akan memperburukkan lagi cabaran sedia ada, sekaligus menghambat kemajuan Malaysia secara menyeluruh dan berisiko menyebabkan negara ketinggalan dalam persaingan global yang semakin sengit.
Cabaran hidup yang dihadapi rakyat Malaysia semakin kompleks dan mendesak. Isu sosial seperti keselamatan rakyat dijalanraya, kemiskinan yang masih wujud, ketidaktentuan ekonomi, masalah kesihatan mental, serta keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak semakin membimbangkan.
https://www.majalahsains.com/ideavault-pemacu-idea-progresif-rakyat-malaysia/
Berita.RTM
Pelbagai cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan dan pengangguran belia, kos sara hidup yang semakin tinggi, kemiskinan luar bandar, jurang pendapatan yang melebar, serta tekanan ekonomi akibat inflasi dan beban hutang negara, selain kesukaran menyeimbangkan kehidupan keluarga dan kerja, yang kesemuanya memerlukan solusi praktikal dan inovatif untuk meningkatkan kesejahteraan dan pembangunan negara.
Impak negatifnya, kegagalan menjana idea-idea baharu bagi menangani isu-isu kritikal ini akan memburukkan lagi cabaran sedia ada, menjejaskan kemajuan negara secara keseluruhan. Pelaburan dalam pendidikan dan latihan, terutamanya dalam bidang Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM), seharusnya menyediakan individu dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyumbang kepada ekonomi berasaskan inovasi.
Justeru, satu wahana atau platform khas seharusnya diwujudkan bagi membudayakan perkongsian pengetahuan, menggalakkan kreativiti, dan memupuk rasa tanggungjawab kolektif untuk membentuk masa depan Malaysia. Idea baru dan inovasi merupakan pemacu utama kemajuan ekonomi, kesejahteraan sosial, dan kelestarian alam sekitar, memastikan warisan yang makmur dan berdaya tahan untuk generasi mendatang.

Web UPM
Bersama-sama, melalui inovasi dan kreativiti, kita dapat mengatasi isu kemiskinan, jurang pendidikan, kesihatan mental, serta cabaran sosial lain yang semakin membelenggu rakyat Malaysia hari ini. Mencetuskan idea dalam konteks ini juga penting untuk mempercepatkan pembangunan sosial dan ekonomi negara secara inklusif.
Dengan idea-idea baharu yang lahir daripada pengalaman dan keperluan sebenar rakyat, Malaysia dapat membina sistem sokongan sosial yang lebih mantap, mengurangkan jurang sosial dan ekonomi, serta meningkatkan daya tahan komuniti terhadap cabaran masa depan.
Ini menjadikan peranan setiap individu dalam menyumbang idea bukan sahaja relevan tetapi kritikal demi masa depan negara yang lebih sejahtera dan maju.
Melalui IdeaVault, rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang dapat mencurahkan idea kreatif yang berpotensi menjadi solusi inovatif terhadap isu-isu semasa dalam bidang seperti ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan kelestarian alam sekitar.
Amat penting bagi Malaysia untuk terus menggalakkan dan memperkasakan penciptaan idea-idea inovatif yang relevan dan berdaya maju, khususnya dalam bidang teknologi digital, tenaga baru, dan automasi.
Penyertaan aktif rakyat dalam mencetuskan solusi baharu akan memastikan negara tidak hanya mampu mengatasi cabaran semasa, tetapi juga memperkukuh kedudukan sebagai negara maju yang berdaya saing, menjana mahsul baharu kepada negara dan mampan di masa hadapan.
https://upm.edu.my/article/ideavault_mengakar_idea_menggapai_solusi_rakyat-87224?L=en
Impak kepada Rakyat
Menggalakkan rakyat pelbagai lapisan masyarakat untuk berperanan aktif dalam mencetuskan solusi inovatif yang dapat memperbaiki kehidupan sosial dan ekonomi.
Memupuk semangat nilai budaya, moral dan jati diri sebagai asas dalam pembangunan negara yang seimbang dan mampan.
Membuka peluang kepada golongan profesional, pelajar, dan umum untuk berkongsi dan menilai idea yang boleh membawa impak positif kepada masyarakat dan negara.
Mengukuhkan budaya inovasi yang berteraskan teknologi dan ilmu pengetahuan yang relevan dengan keperluan tempatan dan global.
Menyokong visi Malaysia menjadi sebuah negara maju dan inklusif dengan pendekatan pembangunan berorientasikan kesejahteraan sosial dan keadilan.
Menyediakan platform IdeaVault yang mudah diakses untuk memotivasikan kreativiti rakyat dan mencari solusi terhadap pelbagai cabaran semasa dan masa depan.
Dengan pendekatan ini, rakyat Malaysia bukan sahaja diberi ruang berkarya dalam mencipta idea baru, malah turut menjadi pemangkin perubahan positif demi kepentingan bersama dan kesinambungan pembangunan negara.
Artikel oleh
Inv. Asrizam Esam
Ketua Seksyen Korporat dan Hubungan Strategik
Putra Science Park
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyertaan Ideavaut IPT (UA dan GLU) 2025
Festival Idea Putrajaya
Tarikh Input: 02/10/2025 | Kemaskini: 02/10/2025 | asrizam

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia