MICRONES : Sistem Pengasingan Tempurung Dan Sabut Buah Kelapa Sawit | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » MICRONES : Sistem Pengasingan Tempurung dan Sabut Buah Kelapa Sawit

MICRONES : Sistem Pengasingan Tempurung dan Sabut Buah Kelapa Sawit

Dua langkah merekacipta yang baru mampu untuk menggantikan kaedah pengkisaran tradisional untuk memaksimumkan pengeluarkan minyak kelapa sawit daripada sabut mesokarpa tanpa kehadiran kacang kernel, dengan itu dapat meningkatkan perolehan minyak and isirong minyak sawit mentah dari tandan buah kelapa sawit segar.

 

Isu

Proses pengekstrakan bukan saja merupakan proses kritikal dalam pengekstrakan minyak sawit di mana minyak dipisahkan dari hampas pepejal, tetapi ianya juga proses di mana sebahagian besar daripada kehilangan minyak berlaku.  Walaupun proses pengsterilan yang efisen merupakan langkah pertama yang kritikal untuk memastikan pengekstrakan minyak yang tinggi, pengekstrakan yang tidak cekap akan menghalang faedah pengsterilan baik daripada direalisasikan.  Telah dibuktikan bahawa pengekstrakan yang efisen mampu menampung kekurangan pengsterilan yang tidak cekap.  Walau penting sekalipun proses dalam pengekstrakan minyak dalam pengilangan kelapa sawit, cara pengekstrakan tidak berubah semenjak zaman Tan Sri Bek-Nielsen dari United Plantation yang diilhamkan dari kerja Unilever di Mongana, Belgium Congo di awal tahun 50an. 

Kehilangan minyak di proses pengekstrakan telah menjadi perkara biasa dan selama ini diterima sebagai salah satu ketidakcekapan proses pengekstrakan.  Ia kekal menjadi beban dan penghalang keuntungan kepada industri minyak sawit dan kelestarian yang teguh.  Teknologi baru ini bukan saja dapat mengurangkankan kehilangan 0.5-0.7 peratus OER dan 15-20 peratus daripada kernel semasa pengekstrakan, tetapi mampu untuk menambah kembali 0.35 peratus kepada OER dan 15 peratus daripada isirong sawit.  Teknologi yang baru dibangunkan oleh UPM/Fibaloy, Fibaloy ialah MICRONES singkatan untuk “Maceration Induced Cell Rupturing Oil Nut Extraction Synthesis”. MICRONES akan mengubah proses pengekstrakan CPO dan kernel dari proses yang dibebani kos ke proses yang memberi keuntungan dengan cara mengurangkan kehilangan minyak semasa proses pengekstrakan.  Teknologi ini akan mengurangkan kerugian yang di alami kilang  kelapa sawit selama ini.

 

Fungsi

Tidak seperti proses penghadaman tradisional, MICRONES mendorong pemisahan perikarpa dari kacang kernel dan bukannya bergantung kepada geseran yang tercipta oleh tradisional bilah berputar pencerna pecah dinding sel.  Sistem ini bukan sahaja cekap memisahkan sabut perikarpa dari kacang kernel dan membebaskan minyak sawit disebabkan oleh daya yang dikenakan oleh skru heliks dalaman, ia juga memudahkan pelepasan kacang kernel dari sabut mesokarpa dihancurkan sebelum sabut mesokarpa dimasukkan ke skru penekan.  Proses pemisahan perikarpa dari kacang kernel ini berjalan berterusan dan ianya di salurkan ke skru penekan pertama UPM / Fibaloy di mana 90-95 peratus daripada minyak dan air dikeluarkan. MICRONES memastikan sabut mesokarpa yang agak kering dan nyah-minyak  dibebaskan dari peringkat penekan pertama terus dihidratkan semula sebelum memasuki peringkat penekan kedua di mana minyak yang tertinggal di sabut mesokarpa akhirnya dikeluarkan.

 

Kelebihan

MICRONES adalah teknologi tinggi yang berdaya saing dan bernilai dari segi menyelamatkan kacang kernel dari pecah di skru penekan dan mengurangkan kehilangan CPO semasa proses ekstraksi. Pada masa kini, kadar kehilangan minyak semasa proses ekstraksi berbeza.  Ada artikel melapurkan 12 peratus kehilangan kacang kernel semasa proses menekan dan kerugian CPO pada 0.35 peratus untuk mesin komersial dwi skru.  Walau bagaimanapun, pada hakikatnya kerugian ini cenderung untuk menjadi jauh lebih tinggi terutamanya dalam keadaan di mana tekanan kon tidak diselaraskan dengan betul dan skru dipakai tidak diganti dan tidak di jaga dengan baik.

Memandangkan UPM / Fibaloys 'Kernel Nut dan Sistem Pengasingan Mesokarpa' memastikan penyingkiran kacang kernel sebelum proses menekan, kerosakan kacang kernel tidak lagi menjadi faktor yang menghadkan tekanan di anjurkan untuk mengeluarkan minyak. Tiga-mampatan skru penekan konfigurasi UPM / Fibaloy mampu mengenakan tekanan yang lebih tinggi ke atas sabut mesokarpa untuk mengeluarkan minyak dengan hanya memerlukan kuasa yand sedikit kerana konfigurasi skru sangat effisen.  Di samping itu, kadar haus skru ini jauh lebih rendah, maka jangka hayat skru akan lebih lama dan ini membolehkan mesin beroperasi dengan lebih lama.

Kilang 60 ton FFB ton/j yang gagal untuk mendapatkan semula 15 peratus daripada kacang kernel dan 0.35 peratus daripada CPO, mengelami kerugian yang di anggarkan sekitar RM7.8 juta setahun. (Berdasarkan kehilangan CPO sebanyak 0.35 peratus daripada FFB ton yang diproses pada harga RM2,800/t dan 17.5 peratus kerugian kernel pada harga RM2,558/t).  Dengan pelaburan RM6.0mil untuk sistem 60 FFB ton/j, sistem ini mampu menjana pulangan dalam masa anggaran 12 bulan

 

Professor Dr Robiah Yunus

Fakulti Kejuruteraan UPM

 

Tarikh Input: 11/07/2018 | Kemaskini: 11/07/2018 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691254
03-89464121
B1566363976