Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), yang ditubuhkan pada 1972, terus menjadi pemacu pembangunan sektor pertanian negara. Sebagai organisasi induk kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), NAFAS menyokong lebih 65,000 ahli peladang di seluruh negara.
Bagi memastikan daya saing, NAFAS perlu mengadaptasi teknologi moden seperti penggunaan dron dan mesin pintar dalam pertanian. Pakar menekankan kepentingan tadbir urus profesional agar organisasi ini lebih telus dan efisien dalam pengurusan sumber.
Selain itu, NAFAS disaran mencontohi kejayaan koperasi pertanian di negara maju seperti Korea Selatan dan Jepun dalam meningkatkan produktiviti dan daya saing peladang tempatan. Melalui penyelidikan dan inovasi, NAFAS berperanan dalam memperkasa ekonomi peladang serta menyokong pembangunan pertanian negara.
Dengan langkah pembaharuan yang lebih moden dan profesional, NAFAS dijangka terus relevan dan mampu menjadi peneraju utama dalam pertanian serta pengkomersialan teknologi pertanian di Malaysia.
Tarikh Input: 24/02/2025 | Kemaskini: 24/02/2025 | faizfarhan

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia