Palet Nanas Untuk Makanan Ternakan | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » Palet Nanas untuk Makanan Ternakan

Palet Nanas untuk Makanan Ternakan

Palet Nanas untuk Makanan Ternakan

Sekuriti makanan adalah salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh pelbagai negara pada abad ini. Dalam memastikan hasil ternakan mencukupi sebagai sumber protein, sektor pertanian nanas memainkan peranan penting untuk dijadikan makanan ternakan di peringkat global dan seterusnya menjadi pemacu utama untuk menjamin sekuriti makanan global.

 

Johor mencatatkan negeri pengeluaran nanas terbesar di Malaysia selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan keluasan 9.782 hektar yang mampu menghasilkan sebanyak 181,000 tan metrik nanas setahun menjadikannya antara tanaman yang paling banyak ditanam di negara kita. 

 

Industri pengeluaran nanas meliputi nanas telah diproses seperti dihiris, ditumbuk, jem, kerepek, gula-gula, dan jus. Pemprosesan industri makanan nanas menghasilkan sejumlah besar sisa tanaman. Menerapkan konsep 'from waste to wealth', ketua penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan UPM, Prof. Dr. Rosnah Shamsudin membangunkan inovasi yang menjadikan sisa nanas sebagai makanan ternakan yang dihasilkan dalam bentuk palet.

 

Eksploitasi sisa nanas dengan menukarkannya kepada produk nilai tambah seperti baja atau makanan haiwan semakin mendapat perhatian sebagai penyelesaian inovatif kepada cabaran pelupusan mereka.

Inovasi ini bukan sahaja menyediakan cara pelupusan sisa tanaman nanas yang cekap tetapi juga menyumbang kepada peningkatan sumber ternakan di Malaysia. Sekiranya sisa tanaman tidak dikendalikan dengan cekap, ia akan menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar. Pengurusan sisa tanaman yang strategik dan efektif dapat mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dengan menukarkan sisa tanaman kepada penghasilan produk yang lain.

 

Sisa tanaman nanas terdiri daripada bahagian nanas yang tidak digunakan, seperti daun, batang, kulit luar, dan lain-lain. Sisa ini boleh digunakan sebagai produk baru yang mempunyai nilai ekonomi dengan proses pembuatan yang mudah. 

 

Kelestarian industri ternakan terjamin dengan menggunakan sisa nanas sebagai sumber serat untuk dijadikan makanan ternakan. Palet nanas yang dihasilkan memberi pelbagai manfaat seperti mengurangkan kos harga makanan ternakan, menyumbang kepada peningkatan nilai ekonomi negara, dan menggalakkan pembangunan ternakan.

 

Palet makanan berasaskan sisa nanas didapati berkesan dalam menghasilkan daging yang berkualiti, meningkatkan prestasi pertumbuhan ternakan, dan meningkatkan pengeluaran susu lembu. Sisa nanas mengandungi banyak gula larut menjadikannya makanan yang rendah kandungan nutrien. Jumlah serat yang tinggi menjadikan sisa nanas digunakan secara meluas untuk makanan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing.

Untuk maklumat lanjut mengenai teknologi UPM, layari laman web PSP di www.sciencepark.upm.edu.my

 

Penyelidik,

Prof. Dr. Rosnah Shamsudin

Fakulti Kejuruteraan

rosnahs@upm.edu.my

 

 

 

 

Tarikh Input: 26/09/2022 | Kemaskini: 26/09/2022 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDcUAO~