Penggalak Fotosintesis | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » Penggalak Fotosintesis

Penggalak Fotosintesis

HarvastTM merupakan formulasi istimewa yang mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai Carbon Quantum Dots (CQD). Ia bukanlah baja tetapi ianya telah dicipta sebagai solusi yang mudah dan selamat untuk meningkatkan fotosintesis untuk tumbuhan. Ini adalah kerana fotosintesis merupakan proses yang tidak efisyen; hanya sekitar 2-4% tenaga cahaya ditukarkan kepada pertumbuhan baharu untuk tumbuhan. Apabila fotosintesis dapat ditingkatkan, ini akan memberikan kesan yang positif kepada tumbuhan seperti meningkatan kadar pembesaran, melebatkan daun, mempercepatkan pembungaan, mempercepatkan pembuahan serta meningkatkan hasil (untuk tanaman yang mempunyai persekitaran yang optimum untuk tumbesaran).

Menyedari sifat photoluminescent CQD yang unik dan saiznya yang berskala nano, memberikan saya firasat bahawa ia dapat membantu fotosintesis. Pencarian yang teliti di dalam literature menunjukkan bahawa idea ini masih baharu. Tambahan pula, teknologi kami untuk menghasilkan CQD melalui proses yang hijau, mudah dan boleh diskala besarkan, telah membuka jalan untuk menjadikan ciptaan ini realiti, bukan sekadar angan-angan.

Fotosintesis diketahui sebagai proses yang tidak efisyen, dengan hanya menukarkan sekitar 2-4% tenaga cahaya kepada tumbesaran tumbuhan. Walaubagaimanapun, usaha untuk meningkatkan fotosintesis sebelum ini tertumpu kepada pendekatan seperti kaedah modifikasi genetik dan pelbagai bahan kimia tumbesaran yang rumit dan mahal. HarvastTM menyediakan solusi yang mudah dan selamat untuk meningkatkan fotosintesis tumbuhan. Tiada lagi produk yang menggunakan teknologi ini di dalam pasaran.

 

Penyelidik

Assoc. Prof. Dr. Suraya Abdul Rashid
Institute Of Advanced Technology (ITMA)
Emel: suraya_ar@upm.edu.my

Tarikh Input: 02/10/2019 | Kemaskini: 02/10/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
C1575624314