PI2021007268
Konsep peranti navigasi bantuan maklum balas haptik yang boleh dipakai ini direka terutamanya untuk orang tua yang mengalami gangguan kognitif seperti demensia. Arahan visual seperti membaca paparan peta adalah teknik biasa untuk dalam alat bantuan navigasi.
Walau bagaimanapun, teknik ini tidak sesuai digunakan, terutamanya dalam keadaan penglihatan yang terhad. Bagi warga emas normal atau yang mengalami gangguan kognitif dan orang cacat penglihatan, deria penglihatan adalah deria yang paling terjejas. Oleh itu, alat navigasi yang bergantung pada pemetaan visual atau paparan peta adalah tidak sesuai untuk situasi ini.
Sistem peranti ini dilengkapi dengan teknologi rangsangan haptik sebagai isyarat dan konsep navigasi ini menyediakan maklumat navigasi yang paling mudah iaitu bergerak ke kiri, kanan dan hadapan. Ciri yang tidak rumit adalah penting untuk mengelakkan gangguan atau kekeliruan oleh pengguna semasa mencari jalan.
Peranti ini direka bentuk supaya ia boleh dipakai seperti tali pinggang. Ia dilengkapi dengan siri motor getaran mini yang menghasilkan rangsangan haptik dalam bentuk gelombang (waveform). Maklum balas haptik (waveform) ini membantu untuk mendorong pengguna mengambil arah yang betul semasa navigasi.
Sistem peranti ini dilengkapi dengan aplikasi mudah alih bersepadu yang bertujuan untuk memantau pengguna apabila peranti sedang digunakan. Aplikasi tersebut membolehkan aktiviti mereka dan tempat yang dilawati dipantau dan direkodkan dalam sistem. Ini meningkatkan kebebasan pengguna dan pada masa yang sama mengadaptasi amalan norma baharu ketika pandemik.
Kelebihan
Peranti navigasi bantuan maklum balas haptik ini sangat berguna dalam situasi di mana paparan visual tidak sesuai digunakan. Isyarat haptik dalam bentuk gelombang (waveform) membantu memacu pengguna masuk semasa navigasi dan aspek kebolehpakaian meningkatkan lagi kecekapannya.
Peranti ini juga direka bentuk untuk membolehkan pemantauan dan penyeliaan pengguna melalui aplikasi mudah alih yang dibangunkan. Maklumat lokasi masa nyata (real-time) semasa peranti sedang digunakan boleh dilihat dan dipantau melalui aplikasi yang dibangunkan. Secara amnya, peranti navigasi bantuan boleh pakai ini:
Penyelidik
Ts Dr Rosalam Che Me
Jabatan Rekabentuk Perindustrian
Fakulti Reka Bentuk dan Senibina
rosalam@upm.edu.my
Tarikh Input: 17/05/2022 | Kemaskini: 17/05/2022 | asrizam
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia