Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenalkan dua inovasi kesihatan berasaskan tumbuhan moringa khusus untuk warga emas:
🌿 morinGO – Tablet kunyah nutrien lengkap yang membantu menjaga kesihatan sendi, tulang, sistem imun, dan meningkatkan tenaga harian. Diformulasikan oleh Prof. Ir. Dr. Yus Aniza binti Yusof dari Fakulti Kejuruteraan.
🌿 Moringa Collagen Peptide – Minuman botani inovatif dengan gabungan peptida kolagen dan moringa, membantu mengekalkan keanjalan kulit, kesihatan sendi, serta menyokong kesihatan rambut dan kuku. Dihasilkan oleh Prof. Madya Dr. Maimunah binti Sanny dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.
Kedua-dua produk ini dirumus khas untuk meningkatkan kualiti hidup warga emas agar kekal aktif, sihat dan bertenaga.
Superfood asli, kekuatan semula jadi, Maklumat lanjut di: sciencepark.upm.edu.my

Tarikh Input: 21/04/2025 | Kemaskini: 21/04/2025 | faizfarhan

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia