Rejuvenasi Produktiviti Tanaman Dan Tanah | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » Rejuvenasi Produktiviti Tanaman dan Tanah

Rejuvenasi Produktiviti Tanaman dan Tanah

Sehingga kini, usaha global dalam mencapai pertanian lestari melalui produktiviti optima tanaman dan tanah menggunakan input minima yang membawa kepada peningkatan ketara dalam kehidupan sosio-ekonomi di kalangan petani dan negara masih menjadi cabaran yang memberangsangkan.

Salah satu punca utama hasil tanaman dan pendapatan ekonomi yang rendah adalah disebabkan oleh kesihatan atau kualiti tanah yang kurang baik dan masalah ini sangat biasa di kawasan tropika dimana sebahagian daripada kualiti tanah yang rendah adalah berpunca daripada kandungan bahan organik yang rendah, keasidan tanah yang tinggi, serta ketumpatan toksik yang tinggi daripada aluminium, besi dan mangan.

Keasidan tanah serta toksik daripada aluminium, besi, dan mangan khususnya, bukan sahaja merosakkan akar tanaman tetapi juga menghalang nutrien penting (contohnya, N, P, K) daripada diambil oleh tanaman. Tambahan lagi, hidrolisis aluminium dan besi menjadikan tanah lebih berasid dan menjejaskan kesuburan kebanyakan tanah. Untuk mengatasi masalah ini, petani melakukan pengapuran diikuti dengan penggunaan baja kimia yang tidak seimbang, namun tidak berkesan dalam meningkatkan hasil tanaman dan kesuburan tanah. Sebagai contoh, purata hasil beras negara adalah di antara 4.5 hingga 5 t/ha berbanding potensi yang dijangka dapat mengeluarkan 10 t/ha di Malaysia.

Dalam pada itu, pengeluaran padi menghasilkan sejumlah besar bahan buangan seperti jerami dan sekam. Dianggarkan kira-kira 1.3 dan 0.5 juta metrik tan jerami dan sekam dikeluarkan setiap tahun di Malaysia. Jerami padi biasanya dibakar di ladang selepas tuaian. Amalan ini menyebabkan pencemaran alam sekitar. Pembakaran sisa pertanian atau organik membebaskan gas rumah hijau dan zarah berbahaya ke atmosfera.

Ini menimbulkan banyak masalah kesihatan dan persekitaran. Untuk memanfaatkan sisa pertanian, kami telah mengubah sisa agro-perindustrian seperti sekam padi dan jerami padi menjadi bahan organik (bahan humik dan fulvik) yang dapat memulihkan produktiviti tanah dan tanaman dengan memelihara atau menyahtoksifik tanah daripada kesan negatif keasidan tanah, toksisiti aluminium, besi, dan mangan, dengan itu meningkatkan kesihatan atau kualiti tanah.

Apa yang unik tentang intervensi / inovasi / teknologi kami adalah contohnya, setelah mengguna pakai pendekatan kami semasa penyediaan tanah untuk penanaman padi, jagung dan sayur-sayuran, pendekatan ini telah menggandakan hasil tanaman dan mengurangkan penggunaan baja kimia, pengapuran, kos buruh, dan masa penuaian.

Penggunaan pendekatan kami juga meningkatkan pengisian bijirin dan kualiti tanah selain daripada mengurangkan pencemaran alam sekitar melalui penggunaan baja bukan organik yang berlebihan. Tambahan pula, intervensi ini tidak menjejaskan amalan pertanian yang sedia ada (dari segi aktiviti agronomi) malah lebih mempertingkatkannya dengan itu, pendekatan ini membolehkan petani mengoptimakan input ladang mereka bagi memaksimakan output mereka pada kos yang lebih rendah.

Apa yang lebih menggalakkan ialah kami berjaya menyalurkan pendekatan kami kepada sesetengah petani padi di Sebauh dan Sugai Asap, Sarawak, dan Pekan, Pahang melalui IADA, Pekan, Pahang, Malaysia yang mana telah membolehkan mereka memperolehi hasil tanaman daripada 8 hingga 10 t/ha berbanding dengan purata kebangsaan sebanyak 4-5 t/ha. Dengan inovasi kami, petani dapat memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM2,000 hingga RM5,000 setiap ha.

Keuntungan tambahan daripada pendekatan kami adalah memastikan kitar semula jerami padi dan sekam dalam penanaman padi. Matlamat utama kami adalah untuk menyumbang kepada pencapaian keselamatan makanan di Malaysia selain daripada peningkatan yang ketara dalam pendapatan petani dan taraf hidup serta berupaya mengurangkan bil impot baja negara dengan mengurangkan penggunaan baja kimia yang tidak seimbang dan mengelakkan pembakaran terbuka bahan buangan yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar (air, udara, dan tanah). Kami telah mempatenkan inovasi kami di Malaysia, Thailand, Indonesia, Eropah, dan Amerika Syarikat, dan juga mencadangkan aplikasi, kesan, kegunaannya dan potensi pasaran kepada masyarakat secara menyeluruh.

 

Kelebihan Inovasi 

Inovasi / teknologi kami memastikan contohnya, hasil tanaman padi meningkat antara 8 hingga 10 t ha-1 berbanding hasil kebangsaan antara 4 hingga 5 t ha-1, Malaysia

Petani yang mengamalkan pendekatan kami berupaya menjana keuntungan bersih sebanyak RM2,000 hingga RM5,000

Pendekatan kami mengurangkan kos pengeluaran dari segi tenaga kerja sebab intervensi kami memastikan masa penuaian padi lebih awal daripada 10 ke 20 hari

Inovasi kami juga mengurangkan kos pengeluaran dari segi pengapuran untuk mengurangkan keasidan tanah

Ia juga memulihkan tanah toksik dan berasid untuk meningkatkan produktiviti tanah dan tanaman

Teknologi kami memastikan kitar semula sisa seperti jerami dan sekam di dalam tanah dan dalam penanaman padi berbanding dengan kaedah pembakaran terbuka secara konvensional

Pendekatan kami mengurangkan penggunaan baja bukan organik yang berlebihan untuk mengurangkan pencemaran tanah, air, dan udara serta menyumbang kepada pengurangan bil pembelian baja di Malaysia

 

Penyelidik

Prof. Dr. Ahmed Osumanu Haruna
Crop Science/Faculty of Agriculture, Science, and Technology,
UPM Bintulu Campus Sarawak
Emel : osumanu@upm.edu.my

Tarikh Input: 02/10/2019 | Kemaskini: 16/08/2022 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdVAq~