RGO-PAMAM Berasaskan Pengesan SPR Untuk Mengesan Virus Denggi | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » RGO-PAMAM Berasaskan Pengesan SPR untuk Mengesan Virus Denggi

RGO-PAMAM Berasaskan Pengesan SPR untuk Mengesan Virus Denggi

Pada masa kini, kit diagnostik yang tersedia seperti kit NS1 dan IgM telah direka untuk mendiagnosis pesakit denggi yang bergejala. Walau bagaimanapun, pembawa utama penyebaran virus denggi berpunca dari individu yang tidak mempunyai tanda penyakit (tidak bergejala). Virus ini kebiasaanya dapat disebarkan melalui penularan manusia (pendermaan darah) dan penularan nyamuk. Oleh itu, adalah keperluan mendesak untuk mengurangkan/ menghentikan penularan denggi dengan menyediakan kaedah yang cepat dan sensitif untuk mendiagnosis orang yang tidak bergejala, yang tidak mendapatkan rawatan daripada doktor. Di sini, pengesan resonans permukaan plasmon (SPR) berasaskan filem nipis RGO-PAMAM dibangunkan untuk mengesan DENV E-protein.

Inovasi terkini adalah untuk menyediakan teknik yang cepat dan sensitif untuk mengesan kehadiran virus denggi di kalangan orang yang tidak bergejala. Teknik ini merangkumi filem nipis RGO-PAMAM bersepadu dengan pengesan SPR untuk mengesan virus denggi E-protein (DENV E-protein). Pada pengetahuan kami, ini merupakan kajian pertama terhadap pengesanan virus denggi E-protein. Ia telah terbukti bahawa had pengesanan adalah 0.08 pM selama 8 min sahaja.

 

Penyelidik 
Dr. Yap Wing Fen
Fakulti Sains
yapwingfen@upm.edu.my

Tarikh Input: 05/12/2020 | Kemaskini: 05/12/2020 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEXNA0~