Tempeh, Diet Anti-Radang | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » Tempeh, Diet Anti-Radang

Tempeh, Diet Anti-Radang

Tempeh, Diet Anti-Radang

Kacang soya yang ditapai terkenal dengan manfaatnya dan sering digunakan sebagai pengganti makanan. Ia diperbuat daripada kacang soya organik dari persekitaran organik. Kacang soya tersebut perlu melalui proses penapaian yang terdiri daripada kacang soya, air, bakteria asid laktik, kulat, yis, enzim, atau campuran.  

 

Apa yang menjadikan tempeh sebagai pelan diet makanan yang baik adalah kerana tempeh ini sangat sihat dan kaya dengan nutrien, prebiotik dan terdiri daripada vitamin dan mineral tetapi juga rendah natrium dan karbohidrat. 

 

Komposisi FSAE terbukti berkesan dalam melindungi ikan zebra dewasa atau bahkan manusia terhadap ketoksikan Pb. Oleh itu, membangunkan makanan tambahan atau terapi adjuvan terhadap keradangan adalah salah satu fokus utama dalam membangunkan inovasi ini.

 

Kajian terdahulu yang dijalankan menggunakan model ikan zebra terutamanya tertumpu kepada pemeriksaan atau menganalisis ketoksikan Putrabiotic dan kesan diet kacang soya yang tidak difermentasi atau ditapai pada ikan zebra. Pendekatan prophylactic kacang soya yang ditapai terhadap penyakit yang disebabkan oleh plumbum hanya dilakukan pada tikus atau lalat tetapi tidak pada ikan zebra. 

 

Kajian terdahulu yang dijalankan menggunakan model ikan zebra terutamanya tertumpu kepada pemeriksaan atau menganalisis ketoksikan Pb dan kesan diet kacang soya yang tidak difermentasi atau ditapai pada ikan zebra. Pendekatan prophylactic kacang soya yang ditapai terhadap penyakit yang disebabkan oleh plumbum hanya dilakukan pada tikus atau lalat tetapi tidak pada ikan zebra. 

 

Inovasi ini mempunyai nilai tambahan dalam ekstrak piawai kacang soya yang ditapai terutamanya yang bertanggungjawab terhadap sifat anti-radang dan mengurangkan kesan ketoksikan. Perlindungan profilaktik FSAE pada keradangan yang disebabkan oleh PB adalah yang pertama digunakan untuk model ikan zebra. Hasilnya boleh diekstrapolasi kepada diet yang mempunyai potensi besar pada manusia.

Tarikh Input: 20/03/2023 | Kemaskini: 21/03/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEZXAb~