UPM Kampus Bintulu & BDA Berganding Bahu Urus Sisa Makanan | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » UPM Kampus Bintulu & BDA Berganding Bahu Urus Sisa Makanan

UPM Kampus Bintulu & BDA Berganding Bahu Urus Sisa Makanan

Bintulu, 28 Februari 2025 – Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menjalin kerjasama dalam pengurusan sisa makanan menerusi program "Towards Zero Food Waste".

Program ini dipimpin oleh Ketua Laboratori Biodiversiti Borneo, Institut Ekosains Borneo (IEB) UPMKB, Dr. Keeren Sundara Rajoo, dengan objektif mengurangkan pembaziran makanan serta meningkatkan keberkesanan pengurusan sisa makanan secara mampan.

Pengarah UPMKB, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, menekankan bahawa inisiatif ini bukan sahaja membantu menangani isu kelaparan tetapi juga menetapkan penanda aras pengurusan sisa makanan di Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi BDA, Datuk Haidar Khan Asghar Khan, menyatakan bahawa kajian kebolehlaksanaan ini adalah langkah pertama ke arah penyelesaian mampan bagi memastikan kestabilan bekalan makanan.

Kerjasama ini seiring dengan Pelan Induk Sekuriti Makanan UPM, yang menekankan inovasi dalam penyelidikan serta pemberdayaan komuniti untuk pengurusan sumber makanan yang lestari.

Tarikh Input: 04/03/2025 | Kemaskini: 04/03/2025 | faizfarhan

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
S, (11:22:32am-11:27:32am, 21 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]