3 Emas, 1 Special Award Di MTE 2015 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » 3 Emas, 1 Special Award di MTE 2015

3 Emas, 1 Special Award di MTE 2015

Oleh Hafliza Hussien


Dr. Wan Manshol, Presiden MARS menyampaikan anugerah Khas dan pingat EMas kepada Dr. Farzad


KUALA LUMPUR, 14 Feb – Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membawa pulang  tiga pingat emas dan satu anugerah khas dalam pameran Malaysia Teknologi Expo (MTE) 2015 pada  12-14 Februari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Penyelidik UPM turut memenangi empat pingat perak dan sembilan gangsa dalam MTE yang mempertandingkan 16 inovasi  pelbagai kategori selain UPM memenangi tempat kedua bagi Best Booth Design Shell Scheme Category.

Kesemua pemenang menerima sebuah trofi daripada Presiden Malaysian Association Research Scientist (MARS),  Dr. Wan Manshol W. Zin selaku penganjur rasmi bagi MTE 2015.



Prof. Lai Oi Ming bersama penyelidik bersama bagi inovasi SuperCare yang berjaya meraih emas


Dr. Farzad Hejazi dari Fakulti Kejuruteraan UPM mendapat emas dan Anugerah Khas – Gold Medal with  Compliment from Panel Jury, selama dua tahun berturut-turut melalui inovasi  beliau iaitu Special Connection for Precast Walls.

Ia adalah keluli sambungan saluran berbentuk u untuk pratuang dinding yang digunapakai di dalam sistem bangunan perindustrian bagi mengurangkan kesan beban dinamik dan kerosakan pada bangunan akibat getaran seperti banjir, tsunami, gempa bumi, kenderaan dan jentera berat.

Emas kedua dimenangi oleh Dr. Janet Lim Hong Ngee dari Fakulti Sains dengan tajuk How Practical is Supercapasitor with Flexibility?, You Decide berkaitan inovasi superkapasitor fleksibel yang mempunyai stabiliti terbaik meminimakan saiz ruang untuk digunakan dalam pelbagai bentuk permukaan melengkung.

Prof. Dr. Lai Oi Ming daripada Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul pula meraih emas melalui produknya iaitu SuperCare Stabilized Carotenoids and Vitamin E Powder iaitu bahan semulajadi yang mengandungi tocopherols dan tocotrienols serta carotenoids berbentuk serbuk untuk dicampurkan dengan mudah di dalam pelbagai produk untuk pelbagai fungsi.



Dr. Janet semasa sesi penghakiman


Tocols dan carotenoids adalah agen antioksidan yang baik yang sesuai diaplikasikan didalam makanan tambahan dan pewarna semulajadi di dalam makanan dan kosmetik.


Senarai penuh pemenang seperti dibawah:
Bil Nama Produk/Teknologi  Nama Ketua Projek  Nama Ketua Projek  Pencapaian 
 1 Special Connection for Precast Walls Dr. Farzad Hejazi Fakulti Kejuruteraan

Emas+ Anugerah Khas

(Gold Medal with  Compliment from Panel Jury  + RM 500)

 2 How Practical is Super capacitor with Flexibility? You Decide. Dr. Lim Hong Ngee Fakulti Sains Emas
 3 Stabilized Carotenoids and Vitamin E Enriched Powder Prof. Dr. Lai Oi Ming Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul Emas
 4 Ontology Virtual Community of Practice System Model (OVCoP) Prof. Dr. Rusli Hj. Abdullah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Perak
 5 Ultrasound Bath Aided Mixing System Prof. Madya Dr. Chin Nyuk Ling Fakulti Kejuruteraan Perak
 6 Creating originality and effectiveness in music accompaniment of sports routine Dr. Loo Fung Chiat Fakulti Ekologi Manusia Perak
 7 Exotic Ice Structuring Peptides Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman Fakulti Sains Perak
 8 Digital Speech Watermarking For Online Speaker Recognition Through G.722 VoIP Channel Prof. Madya Syed Abdul Rahman Al Haddad Fakulti Kejuruteraan Gangsa
 9 Clothing Fashion Design Competency Instrument (CFaDC) Dr. Arasinah Kamis Fakulti Pengajian Pendidikan Gangsa
 10 Single Layer Graphene Oxide Dr. Nor Azowa Ibrahim Fakulti Sains Gangsa
 11 Polysulfone/Chitosan Composite Membrane for CO2/CH4 Separation Dr. Nor Azowa Ibrahim Fakulti Sains Gangsa
 12 Extraction of Pomelo Juice Using A Pomelo Juice Extractor Prof.Madya. Dr. Rosnah Shamsudin Fakulti Kejuruteraan Gangsa
 13 Nano-encapsulated organic phase change material Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein Institut Teknologi Maju Gangsa
 14 After A Dream Prof. Madya Dr. Joanne Yeoh Pei Sze Fakulti Ekologi Manusia Gangsa
 15 A Lactococcal Bicistronic Vector System for Gene Delivery in Eukaryotic Cells Dr. Nurulfiza Mat Isa Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul Gangsa
 16 Bio-Based Production of Crotonic Acid Dr. Hidayah Ariffin Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul Gangsa

Booth UPM turut menerima pengiktirafan MTE 2015 apabila dinobatkan tempat ke-2, bagi Rekabentuk Booth Terbaik (kategori Shell Scheme).


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdBAv~