BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK DAN PEMERKASAAN PSP (PERKASA 2024) | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK DAN PEMERKASAAN PSP (PERKASA 2024)

BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK DAN PEMERKASAAN PSP (PERKASA 2024)

Bengkel Perancangan Strategik dan Pemerkasaan Putra Science Park telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 16-18 Februari 2024. Seramai 25 pegawai PSP telah hadir memberikan pelbagai input sepanjang bengkel yang diadakan di Ismah Beach Resort, Melaka.
 
 
 
 
Bengkel yang diadakan secara interaktif memberi fokus terhadap keberhasilan setiap Seksyen sepanjang tahun 2023 dan memantapkan strategi berjangka sehingga ke arah mencapai kecermerlangan PSP pada tahun 2050. Strategi utama ini telah dibentangkan oleh Pengarah Putra Science Park, YBhg. Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) YBhg. Prof Dr. Zamberi Sekawi yang turut hadir pada hari kedua bagi menyatakan sokongan beliau terhadap usaha PSP menjadi peneraju pengkomersilan inovasi dengan kerjasama antara komuniti, industri dan universiti di peringkat kebangsaan seterusnya ke peringkat antarabangsa.
Aktiviti dalam kumpulan turut diadakan bagi membugarkan semangat kerjasama antara setiap seksyen di Putra Science Park. Ini adalah kaedah yang terbaik dalam membangunkan suasana kerja yang positif dan menyokong pencapaian dan hala tuju seperti yang diharapkan dalam bengkel tersebut.
 
 
 

Tarikh Input: 22/02/2024 | Kemaskini: 22/02/2024 | wannuryani

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXETFA3~