Biomass Microwave Carbonizer Menang Emas ITEX 2018 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Biomass Microwave Carbonizer Menang Emas ITEX 2018

Biomass Microwave Carbonizer Menang Emas ITEX 2018

KUALA LUMPUR 12 Mei– Teknologi Biomass Microwave Carbonizer (BMC) hasil ciptaan Prof Madya Dr Mohamad Amran Mohd Salleh dan Prof. Dr. Azni Idris, daripada  Fakulti Kejuruteraan  Universiti Putra Malaysia (UPM) telah  berjaya meraih pingat emas di 29th International Invention & Innovation Exhibition 2018 (ITEX 2018) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 11 dan 12 Mei 2018 yang lalu.

UPM turut menghantar 4 penyertaan untuk dipertandingkan bagi kategori Invention Competition pada ITEX kali ini.

BMC yang merupakan inovasi UPM yang telah berjaya dikomersialkan oleh syarikat Pakar GoGreen Sdn Bhd merupakan faktor penyumbang di atas kemenangan ini. Syarikat ini juga merupakan syarikat start-up UPM di bawah program InnoHub Putra Science Park UPM yang diuruskan oleh Pn Atiyyah Ameenah selaku CEO syarikat.

BMC merupakan teknologi yang sangat effisyen dan mesra alam sekitar bagi menghasil biochar yang mempunyai kualiti tinggi dengan membakar sisa pertanian/biomass menggunakan tenaga microwave.

Tahniah juga diucapkan kepada kepada semua penyelidik UPM telah berjaya pada ITEX 2018.

  • Ermira Junita Abdullah, Fakulti Kejuruteraan - A Door Lock System - pingat Perak ITEX 2018
  • Siti Nurbaya Oslan, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul - A Quick and Reliable Yeast Expression Host for Industrial Use - pingat Perak ITEX 2018
  • Madya Dr. Janet Lim Hong Ngee, Fakulti Sains - Smart Solar Power Bank with Supercapacitor & Battery Integration - pingat Gangsa di ITEX 2018.

Tarikh Input: 17/05/2018 | Kemaskini: 11/07/2018 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEbAAp~