Demo Inovasi UPM Di Sarawak | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Demo Inovasi UPM di Sarawak

Demo Inovasi UPM di Sarawak

BETONG, 19 April 17 - UPM telah berjaya melaksanakan satu sesi demonstrasi inovasi daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Mesin White Pepper Decorticator oleh Prof Madya Dr Rosnah Shamsudin dari Fakulti Kejuruteraan bersama Encik Ahmad Zakir Wira Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Pengkomersilan PSP UPM kepada petani di Rumah Panjang, Betong, Sarawak.

Inovasi ini telah dikomersilkan oleh syarikat RJ Machine Solution Sdn Bhd. yang merupakan syarikat start-up di bawah program Innohub, Putra Science Park yang diketuai olehCik Christine Jamie, Ketua Pegawai Eksekutif RJ Machine Solution Sdn Bhd. 

Inovasi ini dibiayai oleh Geran Program Transformasi Luar Bandar di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi untuk membantu petani lada hitam di Sarawak menghasilkan dan menguji beberapa mesin ini di Rumah Panjang Melina, Spak, Betong Sarawak.

Teknologi White Pepper Decorticator yang telah di patenkan ini mampu mempercepatkan hasil pemprosesan lada yang sebelum ini dilaksanakan secara manual dan tradisional dikalangan petani.

Diharapkan teknologi ini mampu meningkatkan lagi hasil pengeluaran petani seterusnya meningkatkan kemajuan pembangunan ekonomi khususnya petani di Sarawak dan Malaysia amnya.

Turut hadir pada sesi demonstrasi ini ialah wakil daripada Lembaga Sarawak Lada Malaysia, SME Corp, MITI, MPC, PNS, SSN, SEDC, Agro-bank dan Kraftangan Malaysia dan 95 lada petani dari tiga Rumah Panjang Sarawak.

Tarikh Input: 02/05/2017 | Kemaskini: 13/06/2017 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691254
03-89464121
B1566453769